SMS

Adakah pengguna semua jenis talian telefon boleh sertai peraduan ini? 

Hanya pengguna talian Celcom, Maxis dan DiGi sahaja yang dapat menyertai peraduan ini. 

Berapa kadar bayaran yang dikenakan setiap kali SMS?

Setiap SMS yang dihantar bagi menyertai peraduan ini dikenakan bayaran RM0.50.

Apakah yang perlu saya taip dalam SMS bagi menyertai peraduan ini?

SMS jawapan dengan menaip PTS<jarak>KOD MINGGU<jarak>KOD SMS<jarak>JUDUL BUKU<jarak>NO. K/P<jarak>NAMA PENUH. Hantar SMS ke 32886.

Bolehkah saya gunakan satu nombor KOD SMS bagi menghantar jawapan bagi kesemua 12 minggu?

Tidak boleh. Satu KOD SMS hanya boleh digunakan bagi menghantar satu jawapan SMS sahaja. Sekiranya anda hendak hantar jawapan bagi kesemua 12 minggu, dapatkan 12 KAD SMS yang mengandungi 12 KOD SMS yang berbeza.

Bagaimana saya hendak tahu sama ada SMS jawapan yang saya hantar diterima oleh PTS?

Selepas anda menghantar SMS, PTS akan membalas SMS anda dengan teks "Terima kasih kerana menyertai Peraduan Teka Judul Buku PTS. Rebut peluang menang Hadiah Utama dengan menghantar jawapan bagi kesemua 12 minggu!"

Sekiranya saya SMS jawapan bagi kesemua 12 minggu tetapi menggunakan nombor telefon yang berlainan, adakah jawapan saya diterima?

Ya, jawapan anda PTS terima walaupun menggunakan talian/nombor telfon berlainan asalkan nama penuh dan nombor kad pengenalan anda sama bagi kesemua 12 SMS jawapan yang dihantar.