Bagaimana saya hendak menang hadiah mingguan dan saguhati peraduan ini?Anda perlu meneka dan menghantar jawapan melalui SMS mengikut TARIKH SMS seperti pada imej keratan kulit buku pada poster dan flyer peraduan. |
Sekiranya saya hendak menang hadiah mingguan berupa iPod Touch pada minggu kedua, bagaimanakah caranya?Anda perlu meneka jawapan judul buku PTS bagi MINGGU 2 seperti pada imej keratan kulit buku dan hantar SMS mengikut TARIKH SMS dari 10-16 Oktober 2010. |
Sekiranya saya tidak menang selepas menghantar SMS jawapan, bolehkah saya hantar lagi SMS bagi minggu-minggu lain.Ya, anda boleh hantar SMS jawapan setiap minggu asalkan anda menggunakan KOD SMS yang berbeza setiap kali menghantar SMS jawapan. |
Sekiranya saya menang hadiah mingguan bagi mana-mana minggu, bolehkah saya hantar SMS bagi minggu lain?Ya, anda boleh hantar SMS bagi minggu lain tetapi anda tidak layak menang hadiah mingguan. Anda hanya layak menang hadiah saguhati sahaja. |
Bagaimana saya hendak tahu senarai pemenang bagi setiap minggu?Senarai nama pemenang mingguan akan diumumkan di Portal PTS di www.pts.com.my, di laman peraduan ini dan pemenang turut akan dihubungi melalui telefon oleh PTS. |
Bagaimana saya hendak menang hadiah utama peraduan ini.Anda perlu hantar jawapan bagi kesemua 12 judul buku. Setiap satu jawapan perlu dihantar melalui 12 SMS berbeza dan menggunakan 12 KOD SMS berbeza. |
Adakah saya perlu menghantar 12 jawapan bagi menang hadiah utama mengikut TARIKH SMS seperti tertera pada poster / flyer peraduan?Anda tidak perlu hantar 12 jawapan itu mengikut TARIKH SMS. Anda boleh hantar 12 jawapan itu pada bila-bila masa asalkan dalam tempoh peraduan iaitu dari 3 Oktober sehingga 25 Disember 2010. |
Bagaimana saya hendak tuntut hadiah yang dimenangi?Bagi pemenang hadiah mingguan dan saguhati, pemenang akan dihubungi dahulu oleh PTS dan dikehendaki menghantar kepada PTS KAD SMS dan resit beli buku sebagai bukti pembelian kepada PTS melalui pos. Selepas PTS sahkan, hadiah akan dihantar kepada pemenang beserta resit menggunakan pos. |
Bagaimana saya hendak tuntut hadiah utama yang saya menangi?Pemenang hadiah utama perlu datang sendiri ke pejabat PTS bagi menuntut hadiah yang dimenangi dengan membawa bersama KAD SMS dan resit bukti beli buku PTS. |