PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS), penerbit buku umum bahasa Melayu no. 1 Malaysia akan mengadakan Peraduan Teka Judul Buku PTS bermula 3 Oktober sehingga 25 Disember 2010.
Peraduan selama 12 minggu berturut-turut ini mengajak pembeli-pembeli buku PTS meneka judul buku PTS berdasarkan imej keratan kulit buku PTS pada poster peraduan. Poster-poster peraduan ditampal di kedai-kedai buku yang mengambil bahagian seluruh Malaysia dan di laman web PTS di www.pts.com.my.
Cara menyertai peraduan ini sangat mudah iaitu peserta hanya perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM30, teka judul buku PTS dan hantar jawapan melalui sistem SMS sahaja.
Peraduan Teka Judul Buku PTS ini menawarkan pelbagai hadiah menarik setiap minggu seperti barangan elektronik dan buku terbitan PTS. Setiap minggu, PTS akan memilih 3 pemenang mingguan dan 50 pemenang saguhati.
Peserta yang paling banyak menghantar jawapan yang betul sepanjang peraduan turut berpeluang menang 3 hadiah utama.
Peraduan ini adalah kesinambungan daripada Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS yang pertama kali diadakan hujung 2009 lalu bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Cara Menyertai

- Beli buku PTS dengan nilai minimum RM30 dalam satu resit daripada kedai buku yang mengambil bahagian bagi melayakkan pembeli menerima satu KAD SMS.
- Dapatkan KAD SMS daripada kaunter bayaran kedai buku. Gores KAD SMS bagi melihat KOD SMS. Satu KOD SMS melayakkan pembeli menghantar satu SMS jawapan sahaja.
- Teka judul buku PTS mengikut KOD MINGGU & TARIKH SMS yang ditetapkan dengan melihat poster/flyer peraduan.
- SMS jawapan dengan menaip PTS<jarak>KOD MINGGU<jarak>KOD SMS<jarak>JUDUL BUKU<jarak>NO K/P<jarak>NAMA PENUH
Hantar SMS ke 32886. Caj SMS RM0.50 dikenakan.
Imej Keratan Kulit Buku
Teka judul buku PTS mengikut KOD MINGGU dan TARIKH SMS seperti di bawah:
KOD MINGGU 1: M1
TARIKH SMS: 3-9 OKT
Pembayang:
Dewasa
KOD MINGGU 2: M2
TARIKH SMS: 10-16 OKT
Pembayang: Kanak-kanak
KOD MINGGU 3: M3
TARIKH SMS: 17-23 OKT
Pembayang: Islam
KOD MINGGU 4: M4
TARIKH SMS: 24-30 OKT
Pembayang: Resipi
KOD MINGGU 5: M5
TARIKH SMS: 31 OKT -6 NOV
Pembayang: Bantu Diri
KOD MINGGU 7: M7
TARIKH SMS: 14-20 NOV
Pembayang: Pendidikan
KOD MINGGU 7: M7
TARIKH SMS: 14-20 NOV
Pembayang: Bisnes
KOD MINGGU 8: M8
TARIKH SMS: 21-27 NOV
Pembayang: Komik
KOD MINGGU 9: M9
TARIKH SMS: 28 NOV - 4 DIS
Pembayang: Sejarah Islam
KOD MINGGU 10: M10
TARIKH SMS: 5-11 DIS
Pembayang: Kanak-kanak
KOD MINGGU 11: M11
TARIKH SMS: 12-18 DIS
Pembayang: Remaja
KOD MINGGU 12: M12
TARIKH SMS: 19-25 DIS
Pembayang: Bisnes
Hadiah Utama

Hadiah Mingguan
Hadiah Saguhati

Syarat Pemenang
Syarat Pemenang Hadiah Mingguan & Saguhati
- Pemenang hadiah mingguan & saguhati dipilih berdasarkan SMS yang diterima mengikut KOD MINGGU & TARIKH SMS yang ditetapkan seperti pada poster/flyer peraduan.
- Pemenang dipilih berdasarkan jawapan judul buku yang betul, dieja penuh dan paling awal menghantar SMS.
- Seorang peserta hanya layak menang sekali sahaja hadiah mingguan dan sekali hadiah saguhati sepanjang tempoh peraduan.
|
Syarat Pemenang Hadiah Utama
- Pemenang hadiah utama dipilih di kalangan peserta yang menjawab dengan betul dan dieja penuh kesemua 12 judul buku bagi 12 minggu sepanjang peraduan.
- SMS jawapan yang dihantar tidak semestinya mengikut tarikh SMS yang ditetapkan seperti pada poster peraduan tetapi perlu dalam tempoh peraduan.
- Sekiranya ada lebih daripada seorang peserta yang memiliki jawapan betul yang sama banyak, pemenang ditentukan berdasarkan siapa dahulu yang hantar jawapan lengkap kesemua 12 judul buku melalui SMS.
|
Syarat Peraduan
- Peraduan Teka Judul Buku PTS (peraduan) ini dianjurkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS).
- Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 8 tahun dan ke atas pada tarikh mula peraduan.
- Kakitangan PTS (termasuk anak syarikat dan syarikat bersekutu PTS) dan keluarga terdekat iaitu suami/isteri, ibubapa, anak-anak dan adik-beradik tidak layak menyertai peraduan ini.
- Tempoh peraduan ini bermula dari 3 Oktober hingga 25 Disember 2010. PTS berhak meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja. Penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan dianggap batal.
- Peserta yang membeli buku PTS melalui kedai buku yang mengambil bahagian sahaja layak menyertai peraduan ini dengan nilai pembelian minimum RM30 dalam satu resit.
- Satu KOD SMS yang tertera pada KAD SMS melayakkan peserta menghantar satu jawapan sahaja melalui SMS. Peserta berhak menghantar lebih daripada satu jawapan setiap minggu tetapi perlu menggunakan KOD SMS yang berbeza.
- Setiap peserta hanya layak menang sekali sahaja hadiah mingguan dan hadiah saguhati.
- Peserta perlu SMS nama penuh dan no. kad pengenalan bersama-sama dengan jawapan yang dihantar.
- Caj sms yang dikenakan bagi setiap sms yang dihantar bagi menyertai peraduan ini ialah RM0.50 sahaja.
|
- Hanya pengguna talian Celcom, DiGi dan Maxis sahaja yang layak menyertai peraduan ini.
- PTS akan hubungi pemenang melalui telefon dan senarai pemenang akan disiarkan melalui laman web rasmi PTS di www.pts.com.my.
- PTS berhak menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah lain yang senilai dengannya, pada bila-bila masa, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu. Semua hadiah diberikan dalam keadaan 'sedia ada' dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barangan lain atau baucar sama ada secara sebahagian atau sepenuhnya.
- Pemenang akan bertanggungjawab dan menanggung liabiliti sepenuhnya jika berlaku sebarang kerugian, kejadian yang tidak diingini, kecederaan, kerosakan, tuntutan atau kemalangan termasuk hilang nyawa akibat menyertai peraduan ini.
- PTS berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan, dan/atau publisiti tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu dan pemenang tidak berhak menuntut pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan itu.
- Keputusan pemenang peraduan adalah muktamad dan surat menyurat /
e-mel tidak akan dilayan.
- Apabila menyertai peraduan ini, peserta bersetuju mematuhi dan terikat kepada syarat dan peraturan peraduan ini serta keputusan PTS.
|
Syarat Tuntut Hadiah
- Pemenang perlu mengemukakan KAD SMS dan RESIT ASAL kepada PTS sebagai bukti pembelian buku PTS.
- Hadiah mingguan dan saguhati akan dihantar oleh PTS kepada pemenang menggunakan pos.
|
- Judul buku PTS bagi hadiah saguhati dan mingguan ditentukan oleh PTS.
- Pemenang hadiah utama perlu datang sendiri ke pejabat PTS bagi menuntut hadiah dan membawa bersama KAD SMS dan resit asal.
|
Soalan Lazim
Kedai Buku
Klik pada nama negeri bagi melihat senarai kedai buku yang mengambil bahagian dalam peraduan ini.
Kedai Buku Berangkai
Kedai Buku Persendirian