Syarat-syarat Penyertaan

  1. Peraduan ini dianjurkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. (PTS) dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

  2. Kakitangan PTS dan saudara terdekat tidak layak menyertai peraduan ini.

  3. Peraduan ini berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010.

  4. Peserta boleh menghantar seberapa banyak borang peraduan tetapi hanya layak menerima satu hadiah mingguan dan satu hadiah utama sahaja.

  5. Satu sekolah hanya layak memenangi satu hadiah mingguan sahaja.

  6. Setiap borang penyertaan yang dihantar perlu disertakan resit atau bukti pembelian asal.

  7. Borang peraduan boleh didapati di kedai buku terpilih ataupun muat turun daripada laman web PTS. Borang fotostat adalah diterima.

  8. Resit asal atau bukti pembelian perlu dikepilkan bersama borang peraduan.

  9. Bagi peserta yang membeli melalui kedai buku online PTS di http://www.bookcafe.com.my, resit salinan adalah diterima sebagai bukti bayaran.

  10. Pemenang mingguan dan hadiah utama dipilih berdasarkan jawapan yang tepat, slogan paling kreatif dan maklumat peribadi yang lengkap.

  11. Semua pemenang akan diberitahu melalui e-mel ataupun panggilan telefon.

  12. Pemenang yang berada sekitar Lembah Klang perlu datang sendiri ke pejabat PTS bagi menuntut hadiah dalam tempoh dua minggu selepas dimaklumkan. Bagi pemenang yang berada di luar Lembah Klang, hadiah akan dihantar melalui servis kurier.

  13. Semua hadiah yang diberi dalam keadaan baik tidak boleh ditukar dengan wang tunai, kredit, barangan lain ataupun baucer sama ada sebahagian ataupun sepenuhnya.

  14. Peserta dan pemenang akan menanggung sepenuhnya sekira berlaku liabiliti, kecemasan, kecederaan, kerosakan, tuntutan kemalangan (termasuk kematian) yang disebabkan oleh mereka semasa
    menyertai peraduan ini.

  15. PTS berhak menggunakan nama, maklumat dan gambar pemenang bagi tujuan periklanan, perdagangan dan/ataupun publisiti, tanpa perlu memberitahu terlebih dahulu kepada pemenang. Pemenang tidak layak menuntut pemilikan ataupun apa-apa pampasan penggunaan itu.

  16. Keputusan hakim adalah muktamad dan tiada surat menyurat akan dilayan.

  17. Peserta bersetuju mematuhi syarat-syarat peraduan dan menerima keputusan hakim apabila menyertai peraduan ini.

HADIAH UTAMA
Tempat Pertama
TV LG Plasma 42 + Set Perpustakaan Mini bernilai RM 10,000
Tempat Kedua
Kamera Video Canon (LEGRIA FS200)+ Set Perpustakaan Mini bernilai RM 8,000
Tempat Ketiga
Acer Aspire Timeline + Set Perpustakaan Mini bernilai RM 5,000
HADIAH MINGGUAN
Pemenang Minggu Pertama
Tempat Pertama
iPod Touch 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Kedua
Tempat Pertama
PSP + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Ketiga
Tempat Pertama
Acer Netbook Aspire One D250 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
PS2 + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Keempat
Tempat Pertama
Nintendo Wii + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
Nokia 5130 XpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Kelima
Tempat Pertama
Nokia 5880 ExpressMusic + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
PS2 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
iPod Nano 8GB + Buku PTS bernilai RM100
Pemenang Minggu Keenam
Tempat Pertama
Kamera Digital Panasonic LUMIX + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Kedua
SonyEricsson W205 + Buku PTS bernilai RM100
Tempat Ketiga
Nintendo DS + Buku PTS bernilai RM100
HADIAH UNTUK SEKOLAH
6 X Hadiah Mingguan untuk sekolah bagi penyertaan pelajar paling ramai set perpustakaan mini bernilai RM3000