Adik Nurhanani bergambar bersama hadiah yang beliau menangi.
“Buku PTS memang Best!” Itulah kata-kata Adik Nurhanani di dalam e-mel yang dihantar kepada PTS. Beliau adalah peminat tegar novel remaja PTS. Setakat ini beliau sudah memiliki 28 buah buah novel remaja PTS dan beberapa buku motivasi terbitan PTS.
Anak tunggal dalam keluarga ini berumur 11 tahun dan belajar di tahun 5 di SMK Seri Pekan. Sekolah ini adalah Sekolah Bestari dan Model Khas yang menempatkan pelajar tahun 4 hingga ke tingkatan 5.
Adik Nurhanani adalah seorang pelajar yang aktif di sekolah. Beliau pernah menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu 3 tahun berturut-turut ke peringkat daerah Pekan dan pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris tahap 1 ke peringkat Daedar Pekan.
Beliau juga pernah menjadi kondoktur bagi program Kalam Jama’i (Bahasa Arab) dan menjadi penyanyi solo bagi Pertandingan Nasyid.
Beliau yang hanya menghantar satu borang penyertaan bagi menyertai peraduan ini tidak menyangka menang tempat ketiga bagi minggu keempat.
Tahniah PTS ucapkan kepada adik Nurhanani! Hadiah dikurier terus kepada beliau yang tinggal di Pekan, Pahang. Gambar di atas dikirim oleh adik Nurhanani kepada PTS melalui e-mel.




















