Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Selamat datang ke laman mikro Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang! Saya pasti ramai yang teruja dengan peraduan yang bakal berlangsung dari 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010 nanti. Apa tidaknya, pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM70 ribu menanti para pemenang.
Peraduan ini disasarkan kepada golongan pelajar sekolah dan remaja sempena musim cuti sekolah. Ia juga terbuka kepada semua individu yang berusia 7 tahun ke atas. Ini bermaknanya, golongan dewasa, ibubapa, warga emas juga berpeluang menyertai peraduan ini.
PTS berharap program seumpama ini dapat menggalakkan khususnya para pelajar dan remaja menjadikan amalan membaca sebagai aktiviti utama semasa musim cuti sekolah. Peraduan yang julung-julung kali dianjurkan oleh PTS ini bakal menjadi acara tahunan setiap kali tibanya musim cuti sekolah hujung tahun.
Banyak hadiah menarik disediakan untuk para pemenang. Saya pasti golongan sasar iaitu pelajar dan remaja menyukainya. Antara hadiah yang menanti mereka ialah telefon bimbit jenama Nokia dan Sony Ericson, PSP, PS2, iPod, Nintendo, kamera digital, netbook, dan lain-lain. Selain itu, setiap pemenang hadiah mingguan turut akan menerima buku-buku terbitan PTS bernilai RM100 setiap seorang.
Bagi pemenang hadiah utama pula, mereka bakal menerima hadiah berupa barangan elektronik berserta set perpustakaan mini bernilai antara RM5,000 hingga RM10,000. Apa yang menarik, para pemenang boleh memilih sendiri buku apa yang mereka suka daripada beratus-ratus judul buku terbitan PTS.
PTS turut menyediakan hadiah mingguan khusus kepada sekolah yang menang penyertaan pelajar sekolah paling ramai setiap minggu. Hadiahnya berupa buku PTS bernilai RM3,000. Sekolah yang memenangi hadiah ini bolehlah menjadikan hadiah buku itu sebahagian daripada koleksi buku di perpustakaan sekolah buat bacaan para pelajar.
Peraduan yang dianjurkan ini cukup mudah untuk anda sertai. Anda cuma perlu beli buku PTS dengan nilai minimum RM25 dalam satu resit dan anda sudah layak menyertai peraduan ini. Dapatkan borang peraduan daripada kedai buku yang menyertai peraduan ini, jawab 3 soalan dengan betul, tulis slogan yang kreatif dan isi maklumat diri.
Selepas itu, apa lagi…masukkan borang peraduan ke dalam kotak yang disediakan di kedai buku ataupun hantar terus borang peraduan kepada PTS. Jangan lupa kepilkan bersama resit asal sebagai bukti pembelian.
Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang! ini mendapat kerjasama daripada lebih 200 kedai buku seluruh Malaysia. Jadi kepada tuan-tuan dan puan-puan yang mempunyai anak-anak, jangan lepaskan peluang ini dengan membawa anak-anak ke kedai-kedai buku berhampiran bagi membeli buku PTS.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peraduan ini, sila klik butang-butang berkaitan pada laman mikro ini. Anda juga boleh mengajukan sebarang soalan mengenai peraduan ini dengan mengklik butang ‘Hubungi’.
Selamat membaca pada musim cuti sekolah dan selamat menyertai Peraduan Saya Mahu Menang Hadiah PTS: Baca & Menang!
Terima kasih.

NORHAZIZAM ABDUL RAHMAN
Pengurus
Jabatan Pemasaran
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Dengan rasminya PTS umumkan 3 pemenang hadiah utama peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009.
Pemenang-pemenang hadiah utama ini dipilih dikalangan 18 pemenang hadiah mingguan.
Pemilihan pemenang hadiah utama ini berdasarkan slogan paling kreatif dan menarik.
Tahniah PTS ucapkan kepada semua pemenang. Para pemenang hadiah utama akan dihubungi oleh PTS.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diatur dalam masa terdekat.
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
Pemenang Tempat Pertama Hadiah Utama
Nama: Farah Irdina bt. Mohd. Fuadi
No. K/P:960522-05-5198
Dari: Port Dickson, N.Sembilan
Kedai Buku: MPH Alamanda
Hadiah: TV Plasma LG 42" + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM10,000
Slogan:
Minda Diperkaya, Bahasa Diperkasa, PTS Membina Tamadun Ilmu Bangsa.
Pemenang Tempat Kedua Hadiah Utama
Nama: Shahrul Nazrin b. Wahid
No. K/P: 901116-01-6089
Dari: Segamat, Johor
Kedai Buku: Bookcafe PTS
Hadiah: Kamera Video Canon + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM8,000
Slogan:
Harga Terhebat, Kualiti Memikat,
Bahasa Mudah, Tidak Tersirat,
Kategori Pembaca Berperingkat,
Penulis Tersohor dan Berpangkat,
Mudah Didapati di Setiap Tempat.
Pemenang Tempat Ketiga Hadiah Utama
Nama: Izuana bt. Mahmad Sani
No. K/P: 730126-10-5778
Dari: Kapar, Selangor
Kedai Buku: Popular Bukit Raja
Hadiah: Laptop Acer Aspire Timeline + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM5,000
Slogan:
Membongkar Ilmu Segenap Dimensi,
Sentuhan Kreatif Diwarnai Ilustrasi,
Pilihan Bervariasi Melengkapi Koleksi,
Memperkasa Minda Setiap Generasi.
Puan Ainon Mohd, Pengerusi PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada adik Wan Noorhani (kanan).
Tahniah PTS ucapkan kepada adik Wan Noorhani binti Wan Saris dari Bandar Tasik Puteri, Rawang yang berjaya menjadi pemenang tempat ketiga, minggu terakhir peraduan.
Anak keempat daripada enam orang adik beradik ini belajar di tahun 5, Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Beliau seorang yang aktif dalam kelab rakan pembaca di sekolah.
Beliau mengetahui peraduan ini daripada kedai buku Pustaka Rawang dan menghantar sebanyak lapan keping borang peraduan kepada kami.
Pada petang Rabu, 13 Januari jam 3.45, adik Wan Noorhani datang ke ibu pejabat PTS ditemani ibu dan ayahnya.
"Sepatutnya, adik Hani ada latihan merentas desa petang ini, tetapi kerana mahu ambil hadiah, kami terus bawa dia ke sini selepas tamat waktu sekolah," kata ibunya.
Penyampaian hadiah disaksikan kedua ibu bapanya. Hadiah berupa Nintendo DS dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik adik Wan Noorhani. Hadiah disampaikan oleh Puan Ainon Mohd, Pengerusi Kumpulan Syarikat PTS.

Tuan Roslan, Eksekutif Perhubungan Media PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada En. Mohd Izzat (kanan).
Pelajar tahun dua, jurusan akaun di Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLiUC) iaitu Encik Mohd Izzat bin Md Saaid berjaya menjadi pemenang tempat kedua, minggu terakhir peraduan.
Nada suara Encik Mohd Izzat begitu riang di dalam telefon. Sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada pihak jabatan pemasaran. Tanpa berlengah beliau bergegas ke ibu pejabat PTS untuk mengambil hadiah.
Selepas penyampaian hadiah, beliau menuju ke kolej bagi menghadiri kuliah pada tengah hari tadi.
Hadiah disampaikan oleh Tuan Roslan Isa, Eksekutif Perhubungan Media PTS. Hadiah berupa telefon mudah alih model SonyEricsson W205 dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik beliau.
Tahniah PTS ucapkan kepada beliau.

Tuan Wahyudi Mohd Yatim , Eksekutif Jabatan Pemasaran PTS (kiri) menyampaikan hadiah kepada En. Muhammad Wassem (kanan).
Tahniah PTS ucapkan kepada Encik Muhammad Wassem bin Abdullah dari Besut, Terengganu yang berjaya menjadi pemenang tempat ketiga, minggu kelima peraduan.
Beliau merupakan pelajar aliran sains fizik yang cukup minat membaca novel dan baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan semester minggu lepas di Kolej Mara Kulim, Kedah. Sebaik selesai kertas akhir peperiksaan beliau terus datang ke Kuala Lumpur. Kelmarin, 11 Januari 2009 (isnin), beliau datang ke ibu pejabat PTS bagi menerima hadiah yang beliau menangi.
Hadiah berupa iPod Nano 8GB dan buku-buku PTS bernilai RM100 disampaikan oleh Tuan Wahyudi Mohd Yatim, Eksekutif di Jabatan Pemasaran PTS.
Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang yang diterima dari 1 hingga 7 Januari 2010, secara rasminya kami mengumumkan 3 pemenang bertuah bagi minggu keenam seperti di bawah:
Pemenang Pertama
Nama: Farah Irdina bt. Mohd Fuadi
Dari: Port Dickson, Negeri Sembilan
Kedai: MPH, Alamanda, Putrajaya
Hadiah: Kamera Digital Panasonic LUMIX + buku PTS bernilai RM100.00
Pemenang Kedua
Nama: Mohd Izzat bin Md Saaid
Dari: Subang Jaya, Selangor
Kedai: Bookcafe PTS
Hadiah: Sony Ericsson W205 + buku PTS bernilai RM100.00
Pemenang Ketiga
Nama: Wan Noorhani binti Wan Saris
Dari: Bandar Tasik Puteri, Rawang
Kedai: Pustaka Rawang
Hadiah: Nintendo DS + buku PTS bernilai RM100.00
Tahniah PTS ucapkan kepada para pemenang!

Adik Nurhanani bergambar bersama hadiah yang beliau menangi.
"Buku PTS memang Best!" Itulah kata-kata Adik Nurhanani di dalam e-mel yang dihantar kepada PTS. Beliau adalah peminat tegar novel remaja PTS. Setakat ini beliau sudah memiliki 28 buah buah novel remaja PTS dan beberapa buku motivasi terbitan PTS.
Anak tunggal dalam keluarga ini berumur 11 tahun dan belajar di tahun 5 di SMK Seri Pekan. Sekolah ini adalah Sekolah Bestari dan Model Khas yang menempatkan pelajar tahun 4 hingga ke tingkatan 5.
Adik Nurhanani adalah seorang pelajar yang aktif di sekolah. Beliau pernah menyertai pertandingan bercerita Bahasa Melayu 3 tahun berturut-turut ke peringkat daerah Pekan dan pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris tahap 1 ke peringkat Daedar Pekan.
Beliau juga pernah menjadi kondoktur bagi program Kalam Jama'i (Bahasa Arab) dan menjadi penyanyi solo bagi Pertandingan Nasyid.
Beliau yang hanya menghantar satu borang penyertaan bagi menyertai peraduan ini tidak menyangka menang tempat ketiga bagi minggu keempat.
Tahniah PTS ucapkan kepada adik Nurhanani! Hadiah dikurier terus kepada beliau yang tinggal di Pekan, Pahang. Gambar di atas dikirim oleh adik Nurhanani kepada PTS melalui e-mel.

En. Nazrul Samsudin (kiri), Timbalan Pengurus Jabatan Pemasaran PTS menyampaikan hadiah kepada En. Noor Adzfar (kanan).
Tahniah PTS ucapkan kepada Encik Noor Adzfar Aiman bin Ramle dari Kampung Selamat, Sungai Buloh, yang berjaya menjadi pemenang tempat kedua, minggu kelima peraduan.
Beliau bertugas sebagai juruteknik di salah sebuah syarikat perisian komputer di Bukit Jelutong, Selangor.
Peraduan ini mendapat perhatian dalam forum laman web www.emenang.com.
En. Noor Adzfar Aiman mengambil peluang menyertai peraduan ini selepas mengetahuinya melalui website itu.
Hadiah disampaikan oleh Tuan Nazrul Samsudin, Timbalan Pengurus Pemasaran merangkap Pengarah Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang.
Hadiah berupa PS2 dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik beliau. Penyampaian hadiah turut disaksikan oleh abang ipar beliau.

Adik Saffa (berbaju merah jambu) bergambar bersama keluarga beliau selepas majlis penyampaian hadiah mingguan. Hadiah disampaikan oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan (paling kanan), Penasihat Akademik PTS.
Pelajar tahun dua, Sekolah Kebangsaan Seremban 2A, Negeri Sembilan iaitu adik Saffa Balqis binti Shahrizal berjaya menjadi pemenang tempat pertama, minggu kelima. Tahniah PTS ucapkan.
Sebaik sahaja tamat waktu sekolah tengah hari tadi (Isnin - 5 Januari 2010), beliau bergegas dari Seremban terus ke ibu pejabat PTS di Batu Caves.
Adik Saffa Balqis datang ke PTS ditemani oleh ibu, ayah, kakak dan adiknya. Menurut ibunya, adik Saffa seorang yang sangat kuat membaca buku.
Novel-novel remaja yang baru sahaja dibeli akan terus dibaca oleh beliau, termasuklah novel-novel milik kakaknya.
Hadiah berupa Nokia 5880 ExpressMusic dan buku-buku PTS bernilai RM100 menjadi milik adik Saffa Balqis.
Hadiah disampaikan oleh Prof. Abdullah Hassan, Penasihat Akademik PTS. Ibu, ayah, kakak dan adik beliau turut menyaksikan penyampaian hadiah ini.
Selepas jawatankuasa peraduan menyaring borang-borang yang diterima dari 25 hingga 31 Disember 2009, secara rasminya kami mengumumkan 3 pemenang bertuah bagi minggu kelima seperti di bawah:
Pemenang Pertama
Nama: Saffa Balqis Shahrizal (020920-05-0448)
Dari: Seremban, Negeri Sembilan
Kedai buku: Popular, Sunway Pyramid
Hadiah: Nokia 5880 ExpressMusic + buku PTS bernilai RM100.00
Pemenang Kedua
Nama: Noor Adzfar Aiman bin Ramle (880722-56-5109)
Dari: Sungai Buloh, Selangor
Kedai buku: MPH, One Utama, Petaling Jaya
Hadiah: PS2 + buku PTS bernilai RM100.00
Pemenang Ketiga
Nama: Muhammad Waseem bin Abdullah
Dari: Besut, Terengganu
Kedai buku: Galeri Hidayah, Jerteh
Hadiah: iPod Nano 8GB + buku PTS bernilai RM100.00
PTS ucapkan tahniah kepada semua pemenang. Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Adik Intan bergambar bersama hadiah yang beliau menangi iaitu Nintendo Vii dan buku-buku PTS.
Pemenang tempat pertama bagi minggu keempat peraduan yang PTS anjurkan ini bukan calang-calang orangnya.
Meskipun adik Intan adalah anak tunggal dalam keluarga, tetapi beliau seorang yang aktif.
Semasa di sekolah rendah, beliau adalah murid yang aktif bersukan dan kerap mewakili sekolah di peringkat zon dan daerah.
Adik Intan turut berminat dalam bidang seni dan pernah mewakili sekolah dalam pertandingan tarian zapin peringkat daerah.
Beliau juga minat membaca dan pernah mendapat anugerah Perak dalam program NILAM di sekolah tahun 2006.
Semasa di sekolah menengah adik Intan turut aktif dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum. Beliau dilantik menjadi pengawas sejak dari sekolah rendah lagi.
Beliau kini bersekolah di SMK Tasek Utara, Johor Bahru. Sekolah ini berstatus premier yang menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa di Johor Bahru.
Tahniah buat adik Intan yang berjaya memenangi hadiah berupa Nintendo Vii dan buku PTS bernilai RM100. Hadiah dikurier terus kepada beliau di Johor Bahru.
Adalah dimaklumkan kami sedang memproses urusan penghantaran hadiah buku kepada para pemenang. Mohon tuan/puan memberikan nombor telefon bimbit kepada salleh@ pts.com.my untuk memastikan hadiah tersebut dapat dihantar dengan selamat.
Terima kasih.























