Zulkifli Khair adalah jurulatih dan penulis bebas. Kini sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang pendidikan dan pembangunan berkaitan refleksi dan pembelajaran dewasa. Beliau aktif mengendalikan bengkel motivasi, kemahiran insaniah (generic skills) untuk pembangunan insan dan organisasi, kreativiti dan inovasi, serta penerbitan dan penulisan.
Penulis 10 buah buku ini (termasuk Online dengan Tuhan dan Offline dengan Syaitan) merupakan:
* Jurulatih Bertauliah Deloitte Consulting untuk Iskandar Malaysia Graduate Leadership and Assessment Development (IMGLAD).
* Jurulatih Bertauliah Kursus Asas Pengurus Kediaman (Home Manager) Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
* Jurulatih Program Usahawan Muda Bistari (BEY) Johor Corporation (JCorp.).
* Jurulatih Sambilan ‘Penulisan Kreatif’ dan ‘Pemikiran Kreatif & Penyelesaian Masalah’ UTM.
* Pensyarah Separuh Masa ‘Cross-Cultural Psychology’, ‘Islamic Psychology’, ‘Creativity & Innovation’ dan ‘Pemikiran Kritis dan Kreatif’ di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, UTM.
* Tenaga Pengajar Kelas Saudara Baru Negeri Johor (dalam Bahasa Inggeris) Jabatan Agama Johor (JAJ).