- Laman Web
- http://meredahsamudera.blogspot.com/
- Tempat Lahir
- Kelantan
- Tahun Lahir
- 1958













Dari catatan rekod nan berautoriti, Imran Yusuf dilahirkan di sebuah kampung kecil di tepi Sungai Kelantan. Di negeri itu jugalah beliau berkubang di sawah sambil belajar menangkap ikan puyu dan haruan. Pernah juga mandi di parit dan tali air, malah pada suatu hari hampir sahaja mati lemas dalam sebuah parit, sekiranya tidak diselamatkan oleh seorang rakan.
Walau pun pernah menyantuni ilmu secara formal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja, namun pengalaman serta pancaroba hidup lebih meninggalkan bekas dalam diri beliau.
Beliau tidak menyangka dapat berkelana ke United Kingdom dari 1977-1982, sambil berkenalan dengan rakan pelajar di Newark Technical College, Nottingkamshire dan Hatfield Polytechnic (Kini Hertfordshire University) sehingga pulang menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.
Dalam bidang penulisan, penterjemahan dan kemahiran hidup bisnes, beliau ialah salah seorang daripada ratusan mentee Puan Ainon Mohd., Chairman PTS.
Pengalaman kerja dalam bidang maritim dan teknologi maklumat di tanah air serta hasil pemerhatian budaya dan sosial masyarakat di pentas dunia seperti di Sudan, Turki, Australia, United Kingdom, Belanda, Thailand, Indonesia dan Denmark, telah beliau jadikan rempah ratus resipi yang berperisa dalam karya. Beliau berpendapat minat terhadap perkembangan politik global serta hobi menyantuni kucing, orkid serta pelbagai flora dan fauna ciptaan Allah memberi makna tambahan dalam hidup.
Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang).
Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.
Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).
Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan
Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).
Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).
Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan
The Art of Closing The Sale (2009).
Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).












Nama sebenar Imam Nawawi adalah Abu Zakaria Yahya bin Sharaf al-Nawawi. Beliau dilahirkan disebuah kampung bernama Nawa, tidak jauh di luarkota Damsyik (Damascus) di Syria, pada tahun 631 Hijrah bersamaan tahun 1233 Masihi. Gelaran Nawawi berasal daripada nama kampungnya, Nawa.Beliau membesar di Nawa sehingga berusia 19 tahun. Kemudian beliau pergi melanjutkan pelajarannya ke Damsyik dan tinggal di sana. Pada awalnya, beliau meminati bidang perubatan, tetapi kemudian menukar fikirannya dan beralih sepenuhnya kepada bidang agama yang diminatinya.Selepas tamat pengajian, beliau terus tinggal di kota itu sambil berkarya dan berkuliah dalam mata pelajaran yang dianggap penting pada masa itu.
Beliau kemudian pulang dan menetap di kampung asalnya, Nawa dan meninggal dunia pada usia 46 tahun, tahun 676 Hijrah bersamaan 1278 Masihi. Sepanjang usianya,beliau tidak pernah berkahwin dan menumpukan seluruh hidupnya dalam agama. Antara karya-karyanya yang terkenal adalah Riyadus Salihin, Sharah Sahih Muslim, Al-Azhar, Al-Tibyan fi Adab Hamalat al-Quran, Al-Irshad wal-Taqrib fi Ulum al-Hadith, dan Al-Minhaj. Karya Sharah Muslim digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang hadis. Manakala, karya al-Minhaj digunakan sebagai buku teks standard bagi pelajar-pelajar bidang fikah.


Dr. Mohd Asri Zainul Abidin lahir pada tahun 1971 di Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perlis 1427H ini mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Seberang Perai dan selepas itu melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Klang. Dr. Mohd Asri meraih Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah dari University of Jordan, Ijazah Sarjana (MA) Pengajian Islam dari Universiti Sains Malaysia (USM), Ph. D Islamic Revealed Knowledge and Heritage (Al-Quran and Sunnah Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dan lima Ijazah Hadith Bersanad menerusi jalur ulama India.
Dr. Mohd Asri merupakan seorang kolumnis tetap mingguan di akhbar Mingguan Malaysia (Mac 2007 - sekarang), selain mencambah dan menyebar ilmunya di laman web beliau MINDA TAJDID: drmaza.com. Sejak tahun 2003, Dr. Mohd Asri sudah menghasilkan sebanyak 21 buah buku menerusi pelbagai saluran penerbitan. Di samping itu, beliau juga aktif dalam pembentangan kertas kerja sejak tahun 2004 sehingga 2008 dengan jumlah sebanyak 44 judul kertas kerja. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin pernah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis bermula 1 November 2006 sehingga 30 November 2008. Beliau yang juga seorang pensyarah tetap di Universiti Sains Malaysia (USM) kini sedang menjalani cuti sabatikal di United Kingdom (UK) di bawah USM.




















Ustaz Azhar Idrus lahir di Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif Alor Star, Kedah. Selepas tamat pengajian di peringkat rendah, beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Darulaman Alor Star, Kedah sampai ke tingkatan 2. Apabila beliau memasuki ke tingkatan 3, beliau berpindah ke negeri kelahirannya di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu sampai tamat pengajian tingkatan 6.
Beliau banyak menumpukan pengajian agama secara talaqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Kuala Terengganu sehingga beliau mampu mengajar di surau dan masjid di sana. Kini, beliau dijemput bagi menyampaikan ceramah dan kuliah pengajian di seluruh negara. Nama beliau meningkat naik semasa beliau menyampaikan kuliah pengajian di Terengganu seterusnya pengajian beliau dimuat naik melalui laman Youtube. Dengan gaya bersahaja, humor dan tegas dan menjadikan beliau terkenal dan mudah didampingi oleh sesiapa sahaja yang mengenali beliau.







Merupakan ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka
Mahsuri Ayu berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang penulisan. Fokus utama beliau berkaitan kecantikan, fesyen dan kesihatan. Beliau pernah berkhidmat sebagai penulis di sebuah majalah tempatan, selain menjadi penulis tetap untuk ruangan kecantikan dan kesihatan.
Pengalaman penulis dalam industri kecantikan, menemuramah pengusaha salon dan spa, mendapatkan informasi berkaitan kesihatan daripada pakar dan ahli farmasi, mencetuskan idea kepada beliau bagi menghimpunkan koleksi resipi ibu berpantang cara Melayu. Informasi yang dikemukakan bertepatan dengan permintaan wanita yang mahukan tip ataupun cara berpantang terbaik selain panduan pemakanan semasa tempoh berpantang.
Kini beliau adalah penulis bebas sepenuh masa. Para pembaca boleh layari http://infokesihatankecantikan.blogspot.com bagi mendapatkan tip-tip kesihatan yang lain daripada penulis.
Merupakan ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka.
Merupakan ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka.
Beliau dilahirkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Hj. Mohd Shariff, Alor Star, Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Daul Aman, Alor Star, Kedah (tingkatan 1-2) dan Sekolah Menengah Sulaiman, Kuala Terengganu (tingkatan 3-6).
Beliau mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama di sekitar Negeri Terengganu. Sekarang beliau bergerak aktif mengajar dan menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau di seluruh Malaysia. Sebelum penerbitan buku ini, beliau juga menghasilkan vcd kuliah dan ceramah agama yang boleh didapati di pasaran.
Beliau boleh dihubungi di http://www.ustazazhar.com dan juga di laman Facebook http://facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original sebagai medium memperluaskan lagi dakwahnya.








Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal Kuasa dari University of Southampton, UK.
Beliau meneroka peluang baru dengan mengambil produk terus dari sumber iaitu China. Akhirnya beliau dan suaminya menubuhkan syarikat rundingan dan latihan untuk membawa usahawan Muslim ke China, G Minds Group Sdn Bhd. dengan usahasama Tuan Muhammad Shuaib Jamaludin dan isteri, Cik Puan Rasidah Rosli.
G Minds Group atau lebih mesra dengan panggilan Tim Great Minds mempolopori Trip Borong China menggunakan kaedah yang diberi nama “Survivor Mode”. Usahawan yang dibawa memborong ke China diajar cara-cara menggunakan kenderaan awam yang utama di Guangzhou iaitu Metro Guangzhou untuk pergi ke Plaza-plaza Borong dan restoran-restoran halal. Mereka yakin percaya, dengan menguasai cara untuk bergerak di sekitar Guangzhou menggunakan kenderaan awam, usahawan akan lebih yakin, berani, berdikari dan mampu untuk menjalankan bisnes di China dengan kos yang rendah.
Kini mereka sudah memperkenal destinasi borong terbaru iaitu bandar Saigon, Vietnam. Tim Great Minds dalam rangka untuk mengembangkan lagi sayap ke destinasi borong yang lain di masa akan datang, Insya-Allah.

Beliau bertugas sebagai seorang Jurutera Instrumen di Petronas Gas Berhad. Mendapat Ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.
Beliau meneroka peluang baru dengan mengambil produk terus dari sumber iaitu China. Akhirnya beliau dan isterinya menubuhkan syarikat rundingan dan latihan untuk membawa usahawan Muslim ke China, G Minds Group Sdn Bhd. dengan usahasama Tuan Muhammad Shuaib Jamaludin dan isteri, Cik Puan Rasidah Rosli.
G Minds Group atau lebih mesra dengan panggilan Tim Great Minds mempolopori Trip Borong China menggunakan kaedah yang diberi nama “Survivor Mode”. Usahawan yang dibawa memborong ke China diajar cara-cara menggunakan kenderaan awam yang utama di Guangzhou iaitu Metro Guangzhou untuk pergi ke Plaza-plaza Borong dan restoran-restoran halal. Mereka yakin percaya, dengan menguasai cara untuk bergerak di sekitar Guangzhou menggunakan kenderaan awam, usahawan akan lebih yakin, berani, berdikari dan mampu untuk menjalankan bisnes di China dengan kos yang rendah.
Kini mereka sudah memperkenal destinasi borong terbaru iaitu bandar Saigon, Vietnam. Tim Great Minds dalam rangka untuk mengembangkan lagi sayap ke destinasi borong yang lain di masa akan datang, Insya-Allah.
Merupakan tenaga pengajar di Sekolah Agama Rakyat Ummi al-Hidayah, Kuala Menggatal, Kota Kinabalu, Sarawak. Beliau mendapat pendidikan agama di Pusat Latihan Dakwah Kudat sebelum meneruskan pengajian lanjutan di Pusat Latihan Dakwah Keningau.























Artis-Artis Komik-M adalah gabungan pengkarya-pengkarya komik di bawah label Komik-M. Karya-karya mereka dihimpun dan diterbitkan sebagai antologi mengikut tema-tema tertentu. Antara komik yang dihasilkan oleh mereka adalah Komik-M Raya, Kad Raya Dari Syurga, Aku, Kau & Malaysia dan banyak lagi.

Jon Suraya adalah antara bakat baru komik daripada kalangan wanita. Karya-karya komik beliau pernah tersiar di beberapa majalah komik tempatan seperti Blues Selamanya, G3 dan lain-lain. Amylea Si Penyelamat Anak Patung adalah komik solo pertama beliau bersama PTS. Beliau juga giat menghasilkan komik antologi bagi terbitan Komik-M seperti Aku, Kau & Komik, Aku, Kau & Bola dan lain-lain.

Rahmat Ramadhana al-Banjari lahir di sebuah kota kecil di Murung Pudak, wilayah Tabalong, Kalimantan Selatan.
Pada ketika ini, penulis masih aktif mengajar di Pondok Pesantren Raudhatul Muttaqien di Jogjakarta. Beliau tinggal di kawasan sekitar itu. Penulis juga aktif memberikan ceramah dan kuliah di majlis-majlis ilmu sekitar Jogjakarta.
Buku ini adalah salah satu daripada beberapa karyanya yang lain. Antaranya Isteriku Bidadariku 'Pintu Berjumpa Allah' (Pustaka al-Furqan), Indahnya Poligami (Pustaka al-Furqan), Psikologi Iblis (Diva Press), dan Mengharungi Samudera Ikhlas (Diva Press).
Rahmat Ramadhana al-Banjari lahir di sebuah kota kecil di Murung Pudak, wilayah Tabalong, Kalimantan Selatan.
Pada ketika ini, penulis masih aktif mengajar di Pondok Pesantren Raudhatul Muttaqien di Jogjakarta. Beliau tinggal di kawasan sekitar itu. Penulis juga aktif memberikan ceramah dan kuliah di majlis-majlis ilmu sekitar Jogjakarta.
Buku ini adalah salah satu daripada beberapa karyanya yang lain. Antaranya Isteriku Bidadariku 'Pintu Berjumpa Allah' (Pustaka al-Furqan), Indahnya Poligami (Pustaka al-Furqan), Psikologi Iblis (Diva Press), dan Mengharungi Samudera Ikhlas (Diva Press).















Nurulain binti Ahmad sedang menyelesaikan pengajian di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan dalam bidang Ijazah Perguruan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.


WARWICK JOHN FAHY adalah penerima anugerah kehormat daripada Toastmasters International Hall of Fame. Beliau juga adalah pengasas Professional Speakers Association of China. Nama beliau dikenali sebagai peneraju utama latihan pembentangan di Asia. Kepakarannya telah diakui oleh pakar-pakar komunikasi antarabangsa sebagai jurulatih pembentangan kepada para pemimpin, tokoh korporat, eksekutif, usahawan, dan sesiapa sahaja yang perlu mempengaruhi lembaga pengarah, pelabur, klien, dan juga rakan sepejabat.




Abu Hassan Morad mengetuai Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan syarikat bersekutu Anugerah Media Network Sdn Bhd dan Layar Consult Sdn Bhd. sejak 1996. Beliau menulis lebih 30 buah buku pelbagai genre, mengarah dan menerbitkan siri dokumentari Islam seperti Salam Nusantara dan Semarak Bahasa, telemovie dan drama bersiri disamping membimbing generasi muda di dalam penulisan Islami.
Karya beliau, Cinta Madinah - dari novel ke drama bersiri bukan sahaja berjaya menambat hati penonton tanah air tetapi juga penonton luar negara terutama Timur Tengah dan Eropah setelah dialih bahasa ke bahasa Arab dan ditayang di Iqra Channel, Arab Saudi.

Mohd Fadzil bin Mohd Akhir, anak jati Kuala Lumpur ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati dan Sekolah Teknik Kelang. Beliau menyambung pelajaran di peringkat diploma kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur dan kemudian menyambung pelajaran di peringkat ijazah di Herriot-Watt University, United Kingdom. Pada tahun 2009, beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang Oseanografi Fizik di University of Western Australia. Kini, penulis muda ini menetap di Kuala Terengganu dan berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Antara subjek yang dikendalikan beliau ialah Oseanografi Fizik, Meteorologi dan Sains Alam Sekitar. Gabungan kepakaran di dalam bidang lautan berserta minat di dalam bidang sains persekitaran telah memberi motivasi kepada beliau bagi menghasilkan buku bergenre sains popular bagi memberi kefahaman kepada umum berkenaan isu dan masalah alam sekitar yang kita hadapi sekarang ini.



Mohd Zuhdi bin Ahmad Khasasi dilahirkan pada 12 April 1981 di Ipoh, Perak dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah.
Mendapat pendidikan agama di Sekolah Rendah Agama al-Islah, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Ma’hadul Azhar (Institut Tahfiz al-Quran dan Pengajian Islam) Pokok Sena, Kepala Batas, Pulau Pinang dan Sekolah Agama al-Tahzib Titi serong, Parit Buntar, Perak.
Ketika berusia 14 tahun, beliau meneruskan pembelajaran di Madrasah Dirosah al-Khossoh, Abbasiyyah, Kaherah, Mesir dan menyambung pembelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab pengkhususan Syariah Islamiyyah di Universiti al-Azhar, New Damietta City, Mesir.
Penulis meneruskan pembelajaran di Mesir pada peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Syariah Islamiyyah di American Open University, Kaherah, Mesir.
Mendirikan rumahtangga pada usia 21 tahun dengan Intan Syafiena binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kini berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah di bawah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga aktif di dalam aktiviti Khidmat Kemasyarakatan dan menyampaikan ceramah.



Halina Abdul Hadi adalah anak kelahiran Johor yang menamatkan pengajian dalam jurusan Electrical Engineering di University of Missouri-Columbia, Amerika Syarikat. Kini beliau bergelar Jurutera Perunding minyak & gas di Petronas yang berpengkalan di Kerteh, Terengganu.

Marlina Rahmat pula anak kelahiran Terengganu yang memegang Ijazah Sarjana Kimia daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Diploma Pendidikan daripada Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bharu.
Halina Abdul Hadi adalah anak kelahiran Johor yang menamatkan pengajian dalam jurusan Electrical Engineering di University of Missouri-Columbia, Amerika Syarikat. Kini beliau bergelar Jurutera Perunding minyak & gas di Petronas yang berpengkalan di Kerteh, Terengganu.


AZIE AHMAD ataupun DR(H) WAN AZIZAH
adalah anak kelahiran Pulau Pinang. Sejak tahun 1992, beliau mula berkecimpung dalam perniagaan berkaitan kecantikan dan rambut. Minat beliau pada bidang kecantikan mendorongnya melanjutkan pelajaran dalam bidang ini di luar negara seperti Bangkok, Australia, Indonesia dan negara Asia lain. Berpengalaman selama 25 tahun sebagai tenaga pengajar dan mempunyai Akademi Keusahawanan di Damansara, beliau kini giat menjadi Provider di bawah jabatan kerajaan dan swasta, INSKEN dan MARA.
Beliau pernah menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kedoktoran Heomophathy dan Bio Chemistry. Beliau juga dikenali sebagai mentor, motivator dan konsultan perniagaan dan keusahawanan dalam beberapa cabang perniagaan terutama dalam perniagaan, perkhidmatan kecantikan, rambut, softskill, jahitan dan masakan. Malah, beliau juga pengeluar dan pengasas produk kecantikan E'Delima Beauty iaitu produk kecantikan spa dan D'zaayu Cosmetic bagi produk kecantikan wajah dan rambut.

ARNIEZA ANUAR ataupun NOR ARNIZA KHAIROL ANUAR juga anak kelahiran Pulau Pinang. Minatnya yang mendalam dalam bidang kecantikan mendorong beliau menyambung pelajaran dalam bidang kecantikan dan penjagaan rambut. Beliau yang mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang kecantikan kini sudah menjadi pelatih dan penasihat kecantikan yang mempunyai pengiktirafan Kementerian Sumber Manusia. Beliau pernah bertugas di Sepang Gold Coast Resort & Spa sebagai team opening.
