Imran Yusuf adalah anak kelahiran Kelantan.
Pernah menuntut di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja.
Kemudian berkelana di United Kingdom untuk singgah sejenak di Newark Technical College. Berpindah pula ke Hatfield Polytechnic, yang kini dikenali sebagai Hertfordshire University. Pulang dengan menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.
Berkarya sebagai hobi dan sesudah diperkenalkan kepada penerbit PTS, beliau dilatih oleh Puan Ainon Mohd.
Kini, di samping bertugas di sebuah syarikat perkapalan swasta di ibu negara dalam bidang teknologi maklumat, beliau juga berkarya dan menterjemah.
Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang),
Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.
Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).
Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan
Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).
Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).
Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan
The Art of Closing The Sale (2009).
Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).