-400x224.jpg)
-400x224.jpg)
-400x224.jpg)
-400x224.jpg)
-400x224.jpg)
-400x224.jpg)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kami di PTS doakan tuan dan puan semua sihat walafiat.
Tahukah tuan dan puan bila tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011? Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
Sebagaimana biasa, PTS selaku Penerbit Buku Melayu Tersohor Malaysia pasti turut serta dalam pesta buku ini kerana inilah peluang bagi PTS bertemu dengan para peminat kami secara langsung.
Lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah bagi dikunjungi iaitu di Dewan Tun Hussein Onn, (berhadapan pentas utama). Klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS!
Tahun ini kami menawarkan diskaun setinggi 30% kepada pembeli buku PTS yang membeli menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Jadi ayuh borong buku PTS di PBAKL 2011. Klik di sini bagi mendapatkan kupon itu!
Tahun ini juga ada lebih daripada 40 judul buku baru PTS yang akan disajikan kepada tuan dan puan di PBAKL 2011. Jadilah orang pertama memiliki buku-buku baru ini pada harga diskaun istimewa. Klik di sini bagi melihat senarai buku baru!
Paling menarik tahun ini adalah, PTS mengadakan sesi cabutan bertuah sepanjang 10 hari pesta buku berlangsung. Hadiahnya ialah iPad, iPod Touch, Blackberry Curve, baucar tunai bernilai RM1, RM2, RM5 dan RM10.
Tuan dan puan tidak perlu beli buku, jawap soalan ataupun cipta slogan. Cuma isi borang yang diedarkan di booth PTS, masukkan dalam kotak yang disediakan dan buat cabutan. Hadiah akan diberikan terus selepas cabutan dibuat. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Apa lagi yang menarik di booth PTS kali ini:
Bagi tuan dan puan yang berminat meletakkan web banner di blog ataupun laman web masing-masing bagi mempromosikan PTS di PBAKL 2011, klik di sini bagi mendaftar dan melihat syarat. Tuan dan puan akan nikmati diskaun 25% apabila membeli buku PTS nanti PBAKL.
Apa perasaan tuan dan puan apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini? Jadi pastikan datang awal ke booth kami seperti di bawah:
PTS @ PBAKL 2011
Tarikh: 22 April - 1 Mei
Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis)
10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)
Terima kasih kerana sentiasa menyokong PTS dalam usaha kami memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan buku. Jangan lupa uar-uarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara tuan dan puan supaya mereka beramai-ramai datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 nanti.
* Tertakluk pada terma & syarat
Read Malaysia 2011 juga melibatkan lebih 200 penerbit Malaysia dan luar negara termasuklah dari Taiwan, Hong Kong, Singapura, China dan Indonesia.
Sastera kanak-kanak dan remaja perlu menonjolkan karya yang dapat memberikan pendidikan dan hiburan kepada golongan itu.
Masalah pembahagian harta pusaka adalah salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh para pewaris yang terlibat.
Prof. Muhd Kamil Ibrahim banyak menghasilkan karya bagi masyarakat yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.
Menjelang hari kedua terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2011, PTS menyediakan aktiviti menarik bersama penulis-penulis hebat PTS.