Kemeriahan Booth PTS di Pesta Buku Antarabangsa KL 2011

DISKAUN SETINGGI 30%* HANYA DI BOOTH PTS SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kami di PTS doakan tuan dan puan semua sihat walafiat.

Tahukah tuan dan puan bila tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011? Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 (PBAKL 2011) akan berlangsung dari 22 April hingga 1 Mei bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.

Sebagaimana biasa, PTS selaku Penerbit Buku Melayu Tersohor Malaysia pasti turut serta dalam pesta buku ini kerana inilah peluang bagi PTS bertemu dengan para peminat kami secara langsung.

Lokasi booth PTS kali ini lebih dekat dan mudah bagi dikunjungi iaitu di Dewan Tun Hussein Onn, (berhadapan pentas utama). Klik di sini bagi melihat dengan jelas lokasi booth PTS!

Tahun ini kami menawarkan diskaun setinggi 30% kepada pembeli buku PTS yang membeli menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS. Jadi ayuh borong buku PTS di PBAKL 2011. Klik di sini bagi mendapatkan kupon itu!

Tahun ini juga ada lebih daripada 40 judul buku baru PTS yang akan disajikan kepada tuan dan puan di PBAKL 2011. Jadilah orang pertama memiliki buku-buku baru ini pada harga diskaun istimewa. Klik di sini bagi melihat senarai buku baru!

Paling menarik tahun ini adalah, PTS mengadakan sesi cabutan bertuah sepanjang 10 hari pesta buku berlangsung. Hadiahnya ialah iPad, iPod Touch, Blackberry Curve, baucar tunai bernilai RM1, RM2, RM5 dan RM10.

Tuan dan puan tidak perlu beli buku, jawap soalan ataupun cipta slogan. Cuma isi borang yang diedarkan di booth PTS, masukkan dalam kotak yang disediakan dan buat cabutan. Hadiah akan diberikan terus selepas cabutan dibuat. Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Apa lagi yang menarik di booth PTS kali ini:

  1. Kaunter bayaran: PTS menyediakan 5 kaunter bayaran. Ini termasuklah 1 'Kaunter Ekspres' bagi tuan dan puan yang membeli 5 naskhah buku ke bawah secara tunai. Jadi tuan dan puan tidak perlu risau beratur panjang di booth PTS nanti.
  2. VISA & Mastercard: Bagi tuan dan puan yang tidak suka bawa wang tunai yang banyak, tuan dan puan boleh guna kad VISA & Mastercard. PTS menyediakan 2 terminal khusus.
  3. Buku: Sekurang-kurangnya 1,200 judul buku terbitan PTS akan dipamer dan dijual di booth PTS. Ada novel kanak-kanak dan remaja, buku agama, resipi, motivasi, bisnes, novel islami, pendidikan, keluarga, keibubapaan dan banyak lagi.
  4. Diskaun: Diskaun standard yang diberikan adalah 15%. Nikmati diskaun setinggi 30% dengan menggunakan KUPON DISKAUN BONANZA PTS (klik di sini). Bagi rombongan pelajar berbaju sekolah, diskaun yang diberikan ialah 25%.
  5. Aktiviti: Rebutlah peluang bertemu dan bergambar bersama penulis-penulis PTS di PBAKL nanti. Klik di sini bagi melihat jadual aktiviti PBAKL 2011.
  6. Buku percuma: Bagi 50 pembeli pertama di booth PTS setiap hari, tuan dan puan akan dihadiahkan senaskhah buku percuma terbitan PTS.
  7. Hamper percuma: Bagi pembeli pertama dengan nilai belian RM500 ke atas (selepas diskaun) setiap hari, ada hadiah hamper percuma bernilai RM50 menanti tuan dan puan.
  8. Beg percuma: Bagi pembelian buku melebihi RM150 (selepas diskaun) dalam satu resit, tuan dan puan akan dihadiahkan satu non-wooven bag berlogo PTS yang cantik.
  9. Bookmark percuma: Ada 18 desain bookmark PTS yang kami sediakan. Tuan dan puan boleh pilih bookmark yang disukai. Kami mencetak 54,000 keping bookmark kali ini.

Bagi tuan dan puan yang berminat meletakkan web banner di blog ataupun laman web masing-masing bagi mempromosikan PTS di PBAKL 2011, klik di sini bagi mendaftar dan melihat syarat. Tuan dan puan akan nikmati diskaun 25% apabila membeli buku PTS nanti PBAKL.

Apa perasaan tuan dan puan apabila melihat pelbagai tawaran dan kemudahan yang kami sediakan di booth PTS kali ini? Jadi pastikan datang awal ke booth kami seperti di bawah:

PTS @ PBAKL 2011

Tarikh: 22 April - 1 Mei

Tempat: C01-C12, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Kuala Lumpur

Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis)

          10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)

Terima kasih kerana sentiasa menyokong PTS dalam usaha kami memartabatkan bahasa Melayu melalui penerbitan buku. Jangan lupa uar-uarkan makluman ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara tuan dan puan supaya mereka beramai-ramai datang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 nanti.

* Tertakluk pada terma & syarat

Berita & Artikel

Read Malaysia 2011 Temui Peminat Buku Tempatan

Read Malaysia 2011 juga melibatkan lebih 200 penerbit Malaysia dan luar negara termasuklah dari Taiwan, Hong Kong, Singapura, China dan Indonesia.

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3369

Bistarikan Pembaca Muda

Sastera kanak-kanak dan remaja perlu menonjolkan karya yang dapat memberikan pendidikan dan hiburan kepada golongan itu.

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 2981

Mengurus Harta Pusaka Jadi Rujukan Berkaitan Harta Pusaka

Masalah pembahagian harta pusaka adalah salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh para pewaris yang terlibat.

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3109

50 Tip Motivasi Haji dan Travelog Impian Abadi Dilancar di PABKL

Prof. Muhd Kamil Ibrahim banyak menghasilkan karya bagi masyarakat yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3162

Hari Kesembilan PBAKL 2011: Aktiviti Menarik Sepanjang Hari

Menjelang hari kedua terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2011, PTS menyediakan aktiviti menarik bersama penulis-penulis hebat PTS.

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 2963

iPad Cabutan Bertuah PTS Menemui Tuannya.

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3206

Pak Wisnu Dapat Sambutan di PBAKL 2011

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 2979

Pak Wisnu Bongkar Persoalan Yakjuj & Makjuj di Booth PTS

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3067

Majalah Pertama PTS Kini Terbit di PBAKL 2011

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3131

Dapatkan Buku Al-Amin di PBAKL

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3054

PTS Diserbu Guru dan Pelajar Sekolah

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 2946

Temui Pak Wisnu di Booth PTS

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 2925

Guru Borong Komik-M Buat Bacaan Pelajar Sekolah

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3338

TCC Berjaya Kumpul Hampri 100 Penerbit Asia

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 2877

Hari Kedua PBAKL: Temui Penulis Novel Sejarah, Buku Motivasi serta Artis Komik-M di booth PTS

Roziyah MahamadKomen: 0Dibaca: 3155

Jadual Aktiviti