
Bagaimana saya mahu jadi penulis PTS?
Terima kasih kerana berminat menulis bersama PTS.
Sila hantar kertas cadangan anda kepada kami mengikut butiran berikut:
1. Judul buku
2. Sinopsis atau penerangan berkenaan tajuk yang ingin ditulis
3. Anggaran muka surat
4. 1 ataupun 2 bab contoh
5. Senarai buku yang menjadi saingan di pasaran
6. Kelebihan buku berbanding buku di pasaran
7. Sasaran pembeli
Emel kertas cadangan mengikut unit penerbitan yang sesuai dengan cadangan itu seperti di bawah:
PTS Millennia Sdn Bhd menerbitkan buku-buku popular.
Produk umum lelaki (Sejarah, Motivasi, Islam Kontemporari Lelaki dan Isu semasa).
Produk umum wanita (Islam Kontemporari Wanita, Motivasi, Perhubungan & Perkahwinan, Kesihatan & Kecantikan dan Keibubapaan).
Remaja (Motivasi Remaja & Teknik Belajar). Resipi dan DIY. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
PTS Professional Publishing Sdn Bhd menerbitkan buku-buku akademik, bisnes, pengurusan dan pendidikan. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
PTS One Sdn Bhd, menerbitkan buku fiksyen kanak-kanak, remaja dan dewasa. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
PTS Litera Utama Sdn Bhd, menerbitkan karya-karya terjemahan antarabangsa (Indonesia, Inggeris & Arab) dan novel remaja, dewasa dan sejarah. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
PTS Islamika Sdn Bhd menerbitkan buku-buku agama dan falsafah Islam dengan pendekatan bahasa moden. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
PTS Darul Furqan Sdn Bhd menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan tafsir al-Quran. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address)
PTS Pop Sdn Bhd menerbitkan komik, novel grafik dan buku fiksyen. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).
PTS Netmedia Sdn Bhd menerbitkan buku dalam bidang komputer, teknologi dan fotografi. Emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address).