
Saya beli buku yang rosak. Bagaimana saya mahu menggantikan dengan yang baru?
Pertama sekali, kami memohon maaf kerana naskah yang anda beli itu rosak. Kami sentiasa memastikan yang kualiti percetakan kami adalah tinggi dan sempurna. Walaupun begitu, kami tetap mengalami masalah dalam proses cetakan dari masa ke semasa, dalam kuantiti yang minimal.
Polisi kami adalah menggantikan satu kepada satu (one to one) bagi buku yang rosak daripada segi cetakan.
Anda boleh menukar buku tadi melalui 2 cara:
Pertama, pergi semula ke kedai di mana pembelian asal dibuat. Kemukakan bukti resit dan buku asal. Pekedai buku akan menukarkan buku yang rosak dengan naskhah baru.
Kedua, pulangkan buku yang rosak tadi kepada khidmat pelanggan kami;
Customer Service PTS
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
No. 12, Jalan DBP, Dolomite Business Park,
68100 Batu Caves,
Selangor, MALAYSIA
Tel: +603 6188 0316
Faks: +603 6189 0316
email: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Sila nyatakan nama penuh, alamat dan nombor telefon anda. Sila juga nyatakan dari mana naskhah anda dibeli, ini akan membantu kami bagi mengesan kesilapan yang berlaku di kedai buku.
Kami akan menggantikan buku yang rosak tadi melalui pos.