
Saya pembaca buku. Bagaimana saya boleh mendapat diskaun?
Kebanyakan kedai buku utama ada membuat jualan murah dan promosi dari masa ke semasa. Sila rujuk laman web mereka untuk maklumat terkini.
Anda juga boleh menunggu sehingga kedai buku membuat jualan gudang (warehouse sale) yang biasanya memberikan diskaun baik untuk pelbagai jenis buku.
Selain daripada kedai buku, anda juga boleh pergi ke pesta buku yang berlangsung di peringkat nasional dan negeri sepanjang tahun. Rujuk ke laman http://www.klibf.com untuk maklumat pesta buku.