FAQ
Siapa PTS?
PTS hari ini adalah gabungan beberapa syarikat penerbitan dan pengedaran, atau dikenali juga sebagai Kumpulan PTS.
Aktiviti penerbitan PTS dijalankan oleh:
- PTS Millennia Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku popular.
- PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan, pendidikan, dan terjemahan.
- PTS One Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja.
- PTS Litera Utama Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku fiksyen remaja, dewasa, dan karya terjemahan antarabangsa.
- PTS Islamika Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku agama.
- PTS Net Media Sdn. Bhd. yang menerbitkan buku-buku komputer dan teknologi.
- PTS Darul Furqan Sdn Bhd. yang menerbitkan mushaf al-Quran, buku terjemahan dan Tafsir al-Quran
- PTS POP Sdn Bhd. yang menerbitkan KOMIK, novel grafik dan buku fiksyen.
Aktiviti jualan dan edaran buku-buku kumpulan PTS dijalankan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.