Usahawan Cilik - Kerepek Af

oleh A. Razak Adam

Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5226-02-1
Tarikh Terbit: 26 Dec 2008
Jumlah Muka Surat : 160

Kategori: Kanak-Kanak, Bisnes, Usahawan Cilik

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Selepas pohon-pohon getah tua di tanah FELDA dimusnahkan, penduduk-penduduk FELDA mengambil keputusan mahu menanam pokok kelapa sawit pula. Pokok kelapa sawit mengambil masa selama tiga tahun untuk matang. Oleh sebab itu, penduduk FELDA terpaksa menanam tanaman kontan seperti ubi keledek dan sebagainya.

Pada suatu hari, Ravi Kumar iaitu sahabat Sahar memuji kelazatan kerepek keledek yang digoreng oleh ibu Sahar. Oleh itu Ravi Kumar mencadangkan kepada Sahar untuk menerima tawaran daripada Cikgu Idris iaitu guru koperasi sekolah untuk menjual kerepek hasil buatan ibunya yang lazat itu. Lama kelamaan perniagaan kerepek keledek Sahar semakin berkembang apabila Sahar semakin giat menyertai kursus-kursus keusahawanan.

Tanpa memandang ke belakang, Sahar bercadang membesarkan perniagaan kerepeknya dengan membuat kilang yang diusahakan oleh abangnya, Abang Halim. Akhirnya, kejayaan perniagaan kerepek itu telah mengubah nasib keluarga Pak Hassan. Saharlah yang paling banyak berusaha bagi kejayaan itu dan sekaligus menukar persepsi rakan-rakan sekelasnya yang memandang anak FELDA sebagai golongan miskin.

Info Penulis

Buku lain oleh penulis ini

  • Hanya Tuhan yang Tahu
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5136-05-4
    Tarikh Terbit: 13 Jun 2008
  • Usahawan Cilik - Kerepek Af
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-02-1
    Tarikh Terbit: 26 Dec 2008
  • Usahawan Cilik - Homestay Bayu
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-03-8
    Tarikh Terbit: 26 Dec 2008
  • Usahawan Cilik - Taman botani Harapan
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-28-1
    Tarikh Terbit: 03 Apr 2009
  • Kasih Seharum Manisah
    RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-59-4
    Tarikh Terbit: 22 Jan 2010
  • Jutawan 3R
    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-92-2
    Tarikh Terbit: 25 Mar 2010

Temubual bersama penulis