Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq

oleh Aliff Danial

Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5406-57-7
Tarikh Terbit: 24 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Illustrasi

Penerbit: PTS One Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Bab 1: Tiket Ajaib

Bab 2: Pengembaraan Bermula

Bab 3: Stesen Pokok Menjalar

Bab 4: Stesen Daun Terbang

Bab 5: Stesen Buluh Menyanyi

Bab 6: Stesen Coklat Cair

Bab 7: Kembali ke Istana

Sinopsis

Putera Haziq tidak pandai bermain bola sepak. Dia diejek kawan-kawannya di sekolah. Hinggakan dia tidak mahu ke sekolah kerana malu. Salah satu syarat wajib di sekolahnya adalah para pelajar mesti pandai bermain bola sepak. Bagi Putera Haziq peraturan itu sangat kejam. Tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa walau anak raja sekali pun.

Pada suatu hari, ayahanda Putera Haziq menghadiahkan tiket bola sepak kepadanya. Dengan tiket itu Putera Haziq perlu mengembara ke negara yang lahirnya pemain-pemain handalan seperti Zenedine Zidane, Nakata Hidetoshi, Fernando Tores dan Ji Sung Park. Putera Haziq melalui pelbagai rintangan dan halangan semasa dalam pengembaraannya apabila terpaksa menaiki kereta api gerabak satu dan melalui pokok gergasi yang menjalar. Gula-gula bahasa juga disediakan bagi membolehkan Putera Haziq berinteraksi dengan pemain-pemain handalan yang tidak pandai berbahasa Malaysia.

Selepas berlatih dan mendalami dunia bola sepak dan mengenali rahsia tujuh M (menyepak, menggelecek, memerisai, menghantar, merampas, menanduk, dan menjerat bola), akhirnya Putera Haziq berjaya memperoleh kemahiran menguasai permainan bola sepak. Sekarang dia tahu mengapa pemain bola sepak memakai jersi dan bukan kemeja T biasa. Mengapa juga kadangkala ada pemain mengenakan jersi berlengan panjang. Mengapa ada kad kuning dan kad merah dan sebagainya.

Kehandalan Putera Haziq menjadi bualan rakan-rakannya di sekolah bahkan gurunya juga. Putera Haziq tidak malu lagi ke sekolah. Hanya Putera Haziq dan ayahandanya yang tahu rahsia di sebaliknya.

Info Penulis

Aliff Danial dilahirkan di Kelantan dan berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang matematik bagi ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Kobe, Jepun. Buat masa sekarang beliau sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang menggabungkan matematik, ekonomi dan kewangan Islam. Pada masa yang sama beliau juga sedang menabur bakti untuk anak-anak bangsa sebagai pensyarah matematik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 

Buat pengetahuan peminat-peminat buku Aliff Danial, beliau dibesarkan dengan buku-buku cerita fantasi dan hikayat-hikayat Melayu. Beliau juga dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat yang diceritakan oleh datuk-datuk, nenek-nenek, ayah dan ibu. Semua cerita ini menghiasi hidup beliau. Cerita-cerita ini juga menjadi motivasi dan teman hidup sepanjang perjalanan beliau. Beliau mempunyai satu cita-cita yang besar iaitu mahukan anak-anak dunia membesar dengan cerita-cerita beliau sepertimana beliau membesar dengan cerita-cerita yang ditulis oleh mereka yang hebat.

Buku lain oleh penulis ini

  • Tiket Bola Sepak untuk Putera Haziq
    RM 21.50 / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-57-7
    Tarikh Terbit: 24 Jun 2010
  • Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
    RM 21.50 / RM 24.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-45-4
    Tarikh Terbit: 26 Jul 2010
  • Putera Fariri & Donat Salsabila
    RM 19.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-401-040-9
    Tarikh Terbit: 17 Oct 2011

Temubual bersama penulis