Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang - Manual Belajar Harian Cara Mudah dan Praktikal

oleh Hasan Mohd. Ali

Harga: RM 15.90 / RM 18.90
ISBN-13: 978-983-3603-81-7
ISBN-10: 983-3603-81-5
Tarikh Terbit: 19 May 2008
Jumlah Muka Surat : 252

Kategori: Bantu Diri, Bisnes & Pengurusan, Kepimpinan, Keluarga, Pendidikan

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata

Konsep dan Tanggungjawab Mencapai Kecemerlangan
1. Kecemerlangan Akademik
2. Tanggungjawab Pelajar Secara Individu
3. Tanggungjawab Ibu Bapa
4. Tanggungjawab Warga Sekolah
5. Tanggungjawab Rakan Sebaya
6. Tanggungjawab Anggota Masyarakat
7. Tanggungjawab Badan dan Pertubuhan
8. Tanggungjawab Ahli Agama
9. Tanggungjawab Pakar Runding
10. Rumusan

Halangan Mencapai Kecemerlangan
11. Matlamat Tidak Jelas
12. Tiada Cita-cita
13. Tidak Pandai Mengurus Diri
14. Tidak Pandai Mengurus Masa
15. Malas Belajar
16. Kurang Bermotivasi
17. Lemah Kemahiran Belajar
18. Pengaruh Rakan Sebaya
19. Sering Menonton Televisyen
20. Tiada Inisiatif
21. Berpandangan Negatif dan Berfikiran Sempit
22. Jarang Berdoa
23. Tidak Kenal Kehebatan dan Potensi Diri
24. Tidak Minat Membaca
25. Rumusan

Sifat dan Sikap Pelajar Cemerlang
26. Bermatlamat dan Bercita-cita Tinggi
27. Bijak Mengurus Masa
28. Belajar Mengikut Jadual
29. Belajar Secara Konsisten
30. Tinggi Keyakinan Diri
31. Keseimbangan Peribadi
32. Rajin Berusaha
33. Minat yang Mendalam
34. Perasaan Ingin Tahu
35. Daya Juang Yang Tinggi
36. Hormat kepada Guru
37. Menerima dan Mendengar Nasihat
38. Cita-cita Sentiasa Membara
39. Mendampingi Orang yang Berjaya
40. Cekal Semangat
41. Rumusan

Teknik Mendidik Pelajar Cemerlang
42. Menentukan Matlamat
43. Perancangan yang Teliti
44. Pengurusan Diri yang Sempurna
45. Pengurusan Masa yang Sesuai dan Tetap
46. Tepat Memilih Rakan Sebaya
47. Gemar Membaca
48. Menggunakan Guru Secara Maksimum
49. Praktik Ilmu Pembelajaran Bestari
50. Banyak Berdoa
51. Kuat Beribadat
52. Rumusan

Mengekalkan dan Meningkatkan Kecemerlangan
53. Penghayatan Matlamat
54. Keazaman dan Semangat Tinggi
55. Bantuan Daripada Individu Sekeliling
56. Sentiasa Bersedia
57. Sentiasa Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
58. Rumusan

Penutup
Biodata
Bibliografi

Sinopsis

Buku Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang yang menjurus dengan lebih mendalam mengenai konsep kecemerlangan itu sendiri. Ia turut mengupas dengan lebih lanjut antara ciri-ciri, halangan-halangan yang perlu dihadapi serta teknik bagi pelajar, ibu bapa dan guru.

Info Penulis

Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.
Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:

1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.

Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini mengetuai Sabha Group Sdn Bhd (SGSB) dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).

Melalui anak syarikat Sabha Total Training Centre, Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.

Melalui anak syarikat Sabha Ambang HRD Sdn Bhd, Dato’ Dr Hasan mengendalikan program-program latihan kemahiran korporat. Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.

Melalui AKRAB, Dato’ Dr Hasan menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato’ Dr Hasan adalah pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program Summer Camp, Smart Learning dan Ibu bapa Cemerlang Anak Gemilang adalah di antara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.

Dalam bidang penulisan, Dato’ Dr Hasan menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta daripada segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara sudah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program Dato’ Dr Hasan. Dato’ Dr Hasan membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini.
Dato’ Dr Hasan diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM.

Bersama-sama dengan tenaga profesional lain, Dato’ Dr Hasan berjaya melonjakkan program agama dan program-program talk-show menjadi program yang diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan Dato’ Dr Hasan merentasi sempadan negara di mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.

Buat masa ini, Dr Hasan terus cergas mengendalikan pelbagai program latihan korporat bagi badan-badan korporat dan program pendidikan keluarga bagi masyarakat yang lebih luas.

Buku lain oleh penulis ini

  • Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: -983-3603-44-0
    Tarikh Terbit: 04 May 2006
  • Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang - Manual Belajar Harian Cara Mudah dan Praktikal
    RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-81-7
    ISBN-10: 983-3603-81-5
    Tarikh Terbit: 19 May 2008
  • Smart Learning Teknik Belajar Berkesan dan Efektif
    RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-88-6
    ISBN-10: 983-3603-88-2
    Tarikh Terbit: 19 May 2008
  • Pikatlah Hatiku: 30 Bisikan Hati Isteri
    RM 17.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-57-2
    ISBN-10: 983-3603-57-2
    Tarikh Terbit: 15 Oct 2008
  • Fahamilah Perasaanku! 30 Luahan Perasaan Suami
    RM 16.00 / RM RM18.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-45-9
    ISBN-10: 983-3603-45-9
    Tarikh Terbit: 12 Dec 2008

Temubual bersama penulis