Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5226-46-5
Tarikh Terbit: 29 Aug 2009
Jumlah Muka Surat : 136
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Pemasaran
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Prakata
Pengenalan: Bola Sepak Sebagai Sejenis Perniagaan (landskap bola sepak England)
Kelab Manchester United dan Perkembangannya sebagai Jenama Besar
Strategi 1: Stadium Old Trafford Penjana Pendapatan dan Meningkatkan Imej Jenama Strategi
Strategi 2: Penajaan Meningkatkan Pendapatan dan Kreabiliti Jenama
Strategi 3: Menjana Pendapatan dan Menambah Baik Penjenamaan Melalui Penjualan Hak Penyiaran
Strategi 4: Menjalin Kerjasama Bagi Mengukuhkan Kedudukan Kewangan dan Proses Penjenamaan
Strategi 5: Penjanaan Pendapatan Melalui Perdagangan Bakat
Strategi 6: Merchandising dan Penerbitan
Strategi 7: Menjana Pendapatan dan Mengukuhkan Penjenamaan Melalui Bisnes Latihan
Strategi 8: Pemasaran, Penjenamaan dan Penerokaan Pasaran Baru
Strategi 9: Pengurusan Bakat Bagi Memastikan Prestasi Terus Cemerlang Cara Mengaplikasikan Strategi Manchester United Dalam Perniagaan Anda Kesimpulan Rujukan
Manchester United Football Club, adalah kelab bola sepak terkaya di dunia. Kepakaran pengurus menaikkan jenama kelab bola sepak itu, menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain di serata benua bagi meningkatkan kredibiliti jenama masing-masing.
Strategi Bisnes Manchester United, BUKAN buku yang menceritakan sejarah perjalanan kelab bola sepak semata-mata. Ia adalah himpunan strategi yang dilakukan oleh pasukan pengurusan kelab Manchester United.
Buku ini memfokuskan idea dan teknik penjenamaan, merangkumi:
- Penajaan untuk tingkatkan keuntungan.
- Ambil faedah dari harta intelek.
- Kerjasama dengan syarikat lain.
- Perdagangan dan pengurusan bakat.
- Merchandising dan penerbitan.
- Penerokaan pasaran baru, dan paling penting, cara mengaplikasikannya dalam perniagaan kita.
Sesuai dibaca oleh usahawan, eksekutif pengurusan ataupun pemasaran, pengurus syarikat dan sesiapa saja.
Ashadi Zain, adalah penyelidik dan pakar dalam bidang keusahawanan dan pemasaran. Beliau juga adalah penulis prolifik yang sudah berjaya menghasilkan hampir 30 buah buku dalam pelbagai genre, bukan fiksyen dan fiksyen. Antara buku hasil tulisan beliau adalah Rahsia Bisnes Isteri Nabi: Khadijah, Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan, 66 Usahawan Malaysia, siri Adam Kecil dan banyak lagi.
Ashadi Zain adalah konsultan usahawan, dengan tumpuan pada pembangunan usahawan muda. Beliau juga mempunyai pengalaman sebagai jurujual dan pernah memimpin lebih daripada seribu ejen jualan di bawah kumpulannya. Selain itu, beliau pernah terlibat dalam beberapa rancangan radio, termasuk sebagai deklamator puisi.
Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Antaranya adalah dalam majalah Milenia Muslim. Novel beliau, iaitu Dari Kepala Batas ke New Haven juga disirikan dalam Utusan Malaysia. Pada tahun 2004 pula, buku beliau yang ditulis secara bersama dengan Dato�Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, iaitu Cerita-cerita Motivasi Untuk Usahawan berjaya dinobatkan sebagai buku bisnes terbaik dalam majalah Maskulin. Sebuah lagi buku beliau, iaitu Idea-idea Bisnes Untuk Usahawan turut tersenarai sebagai antara sepuluh buku bisnes terbaik.
Ashadi Zain sudah berjaya menghasilkan 14 buah buku, secara solo dan juga secara bersama dengan penulis-penulis lain. Antaranya Siri Adam Kecil
Siri Adam Kecil merupakan cerita pendek yang berkisar pada zaman kanak-kanak. Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:
a. Debaran Buku Biru...
b. Lari Dari Rumah
c. Hampir Kena Tangkap
d. Bertarung Dengan Kerengga
e. Konspirasi Doktor
7. Siri Budak Psikik
Siri psychic fantasy yang sarat dengan misteri, aksi dan fantasi yang mendebarkan! Buku-buku yang telah diterbitkan di bawah siri ini adalah seperti yang berikut:
a. Ke Alam Supraconscious
b. Dendam Hevignas
8. Semulia Hati Guru
Antologi certot (cerita kontot) mengenai insan mulia yang bergelar guru(berdasarkan kisah benar).
9. Dari Kepala Batas ke New Haven
Novel yang mampu menjana motivasi sesiapa jua yang membacanya.
Ashadi Zain boleh dihubungi di adam@ashadi.zzn.com atau psikik@ashadi.zzn.com
(blog: http://penulis-bestseller.blogspot.com/ )
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet