Smart Learning Teknik Belajar Berkesan dan Efektif

oleh Hasan Mohd. Ali

Harga: RM 15.90 / RM 18.90
ISBN-13: 978-983-3603-88-6
ISBN-10: 983-3603-88-2
Tarikh Terbit: 19 May 2008
Jumlah Muka Surat : 256

Kategori: Bantu Diri, Minda, Motivasi & Inspirasi, Remaja

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata

Bahagian 1: Pengenalan
1. Pengenalan
2. Kenapa Mesti Cemerlang
3. Prasyarat ke Arah Kecemerlangan

Bahagian 2: Ilmu Pembelajaran Bestari
4. Ilmu Pembelajaran Bestari
5. Ruang Lingkup Ilmu

Bahagian 3: Kemahiran Merancang
6. Kemahiran Merancang
7. Kepentingan Merancang Pembelajaran
8. Kelemahan Usaha Merancang
9. Kebijaksanaan Mengurus Masa
10. Kemahiran Mengurus Diri
11. Merancang Jadual Waktu
12. Memilih Tempat yang Sesuai

Bahagian 4: Kemahiran di dalam Bilik Darjah
13. Kemahiran Merancang
14. Membina Suasana Ceria di dalam Kelas
15. Selesakan Diri di dalam Kelas 16. Mendengar Secara Aktif
17. Teknik Memberi Tumpuan di dalam Kelas
18. Kemahiran Menggunakan Bahan

Bahagian 5: Kemahiran Mengambil Nota
19. Kemahiran Mengambil Nota
20. Kepentingan Mengambil Nota
21. Teknik Mengambil Nota
22. Teknik Memperkayakan Nota
23. Teknik Meringkaskan Nota
24. Teknik Menyusun dan Menyimpan Nota

Bahagian 6: Kemahiran Membaca
25. Kemahiran Membaca
26. Mengapa Membaca?
27. Memperbaiki Kaedah Membaca
28. Teknik Meningkatkan Kemahiran Membaca
29. Teknik Memperbaiki Kelemahan Membaca

Bahagian 7: Kemahiran Mengingat
30. Kemahiran Mengingat dan Menghafal
31. Daya Ingatan Manusia
32. Cara Mengukur Ingatan
33. Teknik Meningkatkan Daya Ingatan

Bahagian 8: Kaedah Belajar Berkumpulan
34. Kaedah Belajar Berkumpulan
35. Kelebihan Belajar Secara Berkumpulan
36. Bahan Perbincangan dalam Kumpulan
37. Prasyarat Belajar dalam Kumpulan

Bahagian 9: Kaedah Menghadapi Peperiksaan
38. Konsep Peperiksaan
39. Persediaan Menghadapi Peperiksaan
40. Persediaan Peperiksaan yang Berkesan
41. Merancang Jadual Waktu
42. Peringkat Awal Sebelum Peperiksaan
43. Beberapa Minggu Sebelum Peperiksaan
44. Minggu Terakhir Menjelang Peperiksaan
45. Hari Terakhir Sebelum Peperiksaan
46. Hari Peperiksaan
47. Memanfaatkan Masa Selepas Peperiksaan

Bahagian 10: Teknik Menjawab Soalan
48. Menjawab Soalan Peperiksaan
49. Teknik Menjawab Soalan Objektif
50. Teknik Menjawab Soalan Subjektif
51. Teknik Menjawab Soalan Lisan
52. Mengawal Rasa Panik Semasa Peperiksaan

Penutup
Biodata Pengarang
Bibliografi

Sinopsis

Buku disusun bagi membantu pelajar mempersiapkan diri dengan kaedah belajar secara berkesan. Kaedah ini dikenal pasti dapat mempertingkatkan prestasi pelajar dengan kaedah pembelajaran yang lebih tersusun, sistematik dan mampu merealisasikan kecemerlangan yang menjadi idaman pelajar.

Info Penulis

Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.
Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:

1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.

Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini mengetuai Sabha Group Sdn Bhd (SGSB) dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).

Melalui anak syarikat Sabha Total Training Centre, Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.

Melalui anak syarikat Sabha Ambang HRD Sdn Bhd, Dato’ Dr Hasan mengendalikan program-program latihan kemahiran korporat. Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.

Melalui AKRAB, Dato’ Dr Hasan menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato’ Dr Hasan adalah pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program Summer Camp, Smart Learning dan Ibu bapa Cemerlang Anak Gemilang adalah di antara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.

Dalam bidang penulisan, Dato’ Dr Hasan menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta daripada segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara sudah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program Dato’ Dr Hasan. Dato’ Dr Hasan membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini.
Dato’ Dr Hasan diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM.

Bersama-sama dengan tenaga profesional lain, Dato’ Dr Hasan berjaya melonjakkan program agama dan program-program talk-show menjadi program yang diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan Dato’ Dr Hasan merentasi sempadan negara di mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.

Buat masa ini, Dr Hasan terus cergas mengendalikan pelbagai program latihan korporat bagi badan-badan korporat dan program pendidikan keluarga bagi masyarakat yang lebih luas.

Buku lain oleh penulis ini

  • Anak Kita Memang Pintar Cerdas - Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: -983-3603-44-0
    Tarikh Terbit: 04 May 2006
  • Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang - Manual Belajar Harian Cara Mudah dan Praktikal
    RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-81-7
    ISBN-10: 983-3603-81-5
    Tarikh Terbit: 19 May 2008
  • Smart Learning Teknik Belajar Berkesan dan Efektif
    RM 15.90 / RM 18.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-88-6
    ISBN-10: 983-3603-88-2
    Tarikh Terbit: 19 May 2008
  • Pikatlah Hatiku: 30 Bisikan Hati Isteri
    RM 17.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-57-2
    ISBN-10: 983-3603-57-2
    Tarikh Terbit: 15 Oct 2008
  • Fahamilah Perasaanku! 30 Luahan Perasaan Suami
    RM 16.00 / RM RM18.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-45-9
    ISBN-10: 983-3603-45-9
    Tarikh Terbit: 12 Dec 2008

Temubual bersama penulis