Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5783-35-7
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Kategori:
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Tiada
Siapa sangka keju dan coklat dapat 'bersatu' dalam hidangan pisang? Begitulah kisah Aqil dan Raisya. Safiy Aqil yang pernah menghidap Sindrom Asperger menuntut di UTM. Dia suka memencilkan diri dan tidak bergaul dengan sesiapa. Siapa sangka, abang tirinya, Rafa'e belajar di tempat yang sama, dalam jurusan yang sama. Rafa'e bukan sahaja menabur fitnah terhadap Aqil di hadapan Raisya malah di hadapan ayah mereka, Dato' Hamdan sehingga Dato' Hamdan membenci Aqil sekeluarga. Pada semester ini, sudah tiga kali Aqil mengulang subjek yang sama. Pada semester ini juga, dia 'terpaksa' berkenalan dengan Raisya.
Raisya berjaya mengubah Aqil, dari seorang yang pendiam dan lokek senyuman, kini Raisya berjaya membuatkan Aqil menguntum senyuman. Aqil juga kembali bersemangat untuk menamatkan pengajiannya. Siapa sangka, hujan di tengah hari. Ada seseorang mengoyak lukisan AutoCad Raisya pada hari penilaian. Lukisan Aqil turut sama dikoyak. Angkara siapakah ini?
Aqil ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hanya kerana kehilangan handset, Aqil lewat menerima berita kematian ibunya. Aqil ditimpa kemalangan. Namun, kemalangan itu membongkar segala kejahatan Rafa'e dan ibunya. Raisya setia menemani dan memberikan sokongan moral kepada Aqil. Akhirnya keju (Aqil) dan coklat (Raisya) bersatu dalam perhubungan jarak jauh.
Rose Harissa atau nama sebenarnya Nora Ismail dilahirkan di Kuantan, Pahang. Mendapat pendidikan hingga peringkat Diploma Senibina UTM, Skudai Johor. Kemudian, beliau terus melangkah ke alam pekerjaan dengan bergelar pereka dalam bidang besi dekoratif (art metal). Sepanjang lapan tahun berkhidmat, beliau berpeluang mereka bentuk bagi projek-projek seperti Padi Muzium, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Istana Seri Menanti dan banyak lagi.
Mula melibatkan diri dalam dunia penulisan dengan menulis artikel misteri dan melukis ilustrasi di majalah APO? sejak tahun 2003 hingga sekarang. Kemudian, beliau mengambil keputusan drastik berhenti kerja pada pertengahan tahun 2007 bagi menulis dan melukis sepenuh masa. Hingga kini, beliau sudah menghasilkan lima novel.
Evolusi Elly dihasilkan atas minat yang mendalam terhadap sukan Cub Prix. Dengan mengikuti perlumbaan di litar, mendorong beliau mencoretkan sesuatu tentang dunia lumba motosikal yang sering dikaitkan dengan mat rempit. Dengan harapan, ia dapat memberikan sedikit sumbangan sebagai mendorong serta memberi inspirasi buat anak-anak muda yang gemarkan sukan lumba motosikal serta membuka mata orang ramai terhadap sukan ini.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet