Rancang Wang Dari Sekarang

oleh Pakdi

Harga: RM 17.50 / RM 19.50
ISBN-13: 978-967-369-015-2
Tarikh Terbit: 1 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 176

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kewangan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Pengenalan Prakata Bahagian 1 Islam dan Harta Muamalat 101 Bahagian 2 Apa Impian Hidup Kita? Berapa Banyak yang Diperlukan? Apa Yang Mesti Kita Buat Selepas Dapat Gaji? Pendapatan vs Perbelanjaan Aset vs Liabiliti Apa yang Kita Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta? Abang, Bila Mahu Masuk Meminang? Sewa atau Beli Rumah? Hutang oh Hutang Oh, Semuanya Mudah dengan Kad Plastik Jangan Jadi Penjamin Apa Yang Kita Mesti Tahu Mengenai Takaful? Sudah Tentu Semuanya OK Skim Pasti Untung Jadi Tangan Yang Memberi Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan? Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Pelaburan Amanah Saham? Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Saham? Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Hartanah? Apa yang Kita Mesti Tahu Mengenai Bisnes? Bagaimana Mulakan Bisnes Sambilan? Beli dan Bina Aset Kita Sekarang Enggang Terbang Bersama Enggang Penutup

Sinopsis

Setiap orang pasti melalui peringkat 'baru mula hidup'. Siapakah sebenarnya orang yang dikatakan 'baru mula hidup' itu? Mereka ialah orang yang baru memasuki alam pekerjaan dan merancang untuk menggunakan gaji pertamanya. Rancang Wang dari Sekarang, membawa kita mengenali beberapa skop asas dalam pengurusan kewangan yang lebih Islami. Selain itu, Rancang Wang dari Sekarang juga membimbing kita mengenal pasti dan lebih berwaspada semasa meneliti tawaran yang tidak realistik di sekeliling kita. Rancang wang anda dari sekarang, sebelum akaun bank kering kontang.

Info Penulis

Pakdi mula menulis blog sejak 2001. Bermula dengan tema sosio-politik menerusi Pakdi.com. Kemudian, penulisannya mula menjurus ke arah sosio ekonomi khususnya yang berkaitan topik pengurusan kewangan, bisnes, pelaburan dan kewangan Islam. Sewaktu masih belajar di universiti iaitu di sekitar tahun 2005 , Pakdi mengasaskan forum BicaraJutawan.com. Kini forum itu telah diwakafkan untuk manfaat semua yang mahu mengubah keadaan kewangannya menjadi lebih baik. 2009, Pakdi menerbitkan ebook edisi terhad secara percuma bertajuk, “Mari Belajar Cashflow; Panduan step-by-step Menjejaki ke Mana Duit Anda ‘Hilang’ Setiap Bulan … dan Apa yang Anda Boleh Buat Untuk Mengatasinya.” Lebih 3500 pembaca bertuah blog Pakdi.Net mendapat manfaat daripadanya. Selain menulis, Pakdi juga sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel berkaitan keusahawanan, pengurusan kewangan dan juga pelaburan sama ada untuk orang awam, pelajar universiti, badan kerajaan dan juga syarikat korporat.

Buku lain oleh penulis ini

  • Rancang Wang Dari Sekarang
    RM 17.50 / RM 19.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-015-2
    Tarikh Terbit: 01 Jun 2010

Temubual bersama penulis