Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5406-45-4
Tarikh Terbit: 26 Jul 2010
Jumlah Muka Surat : 144
Kategori: Kanak-Kanak, Illustrasi
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Bab 1: Selamat Tinggal Istana Bab 2: Bandar Merilin yang Cantik Bab 3: Restoran Mari-Mari-La Bab 4: Pengalaman Pertama Bab 5: Menjadi Tukang Sapu Bab 6: Dihalau Keluar Bab 7: Pertemuan Ajaib Bab 8: Belajar Memasak Bab 9: Membuat Onde-Onde Bab 10: Kembali ke Restoran Mari-Mari-La Bab 11: Pulang ke Istana
Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib mengisahkan seorang putera remaja yang bercita-cita mahu menjadi chef. Seperti orang mengantuk disorong bantal apabila kedua-dua orang tuanya membenarkan dia mengembara di dunia luar bagi mendampingi rakyat jelata di sekitar bandar Merilin.
Putera Fariri menyamar menjadi rakyat biasa. Pelbagai rintangan dilalui apabila Putera Fariri memohon pekerjaan sebagai chef di Restoran Mari-Mari-La. Dia terpaksa berhadapan dengan Chef Goni yang garang. Sebelum ini Tuan Goni pernah menolak sembilan puluh sembilan orang yang datang mencari pekerjaan di restorannya. Putera Fariri tidak patah semangat. Di samping itu, kehadiran tupai dan buku resipi ajaib memberikan motivasi kepadanya untuk terus berjaya sepertimana yang diimpikan.

Aliff Danial dilahirkan di Kelantan dan berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang matematik bagi ijazah sarjana muda dan sarjana di Universiti Kobe, Jepun. Buat masa sekarang beliau sedang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mendapatkan ijazah doktor falsafah dalam bidang yang menggabungkan matematik, ekonomi dan kewangan Islam. Pada masa yang sama beliau juga sedang menabur bakti untuk anak-anak bangsa sebagai pensyarah matematik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Buat pengetahuan peminat-peminat buku Aliff Danial, beliau dibesarkan dengan buku-buku cerita fantasi dan hikayat-hikayat Melayu. Beliau juga dibesarkan dengan cerita-cerita rakyat yang diceritakan oleh datuk-datuk, nenek-nenek, ayah dan ibu. Semua cerita ini menghiasi hidup beliau. Cerita-cerita ini juga menjadi motivasi dan teman hidup sepanjang perjalanan beliau. Beliau mempunyai satu cita-cita yang besar iaitu mahukan anak-anak dunia membesar dengan cerita-cerita beliau sepertimana beliau membesar dengan cerita-cerita yang ditulis oleh mereka yang hebat.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet