Harga: RM 26.00 / RM 29.00
ISBN-13: 978-983-192-081-7
ISBN-10: 983-192-081-3
Tarikh Terbit: 18 May 2007
Jumlah Muka Surat : 352
Kategori: Novel Dewasa, Novel Thriller
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Novel thriller bisnes ini mengisahkan Andre Ilhan, seorang akauntan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan pelaburan. Dia ingin membuktikan kepakarannya kepada ketua pegawai eksekutifnya, Dato? Kadir Abdul Karim yang dianggap sebagai mentornya. Meskipun begitu, semakin lama dia bertugas sebagai ketua pegawai pelaburan di HA Invest Berhad iaitu sebuah firma pembrokeran saham, semakin banyak dia terdedah kepada tipu helah syarikatnya. Perlukah dia sembunyikan perkara ini ataupun wajarkah dia laporkan sahaja kepada pihak berkuasa? Ketahui kisah selanjutnya dalam... Pelaburan Hitam.
Hashha Ali, berasal dari Kuala Terengganu. Sekarang beliau mengendalikna firma konsultan pengurusan dan latihan. Beliau memulakan pengajian perakaunan bertauliah di Uitm, Shah Alam pada tahun 1979 dan melanjutkan pengajiannya di London School of Accountancy, UK pada tahun 1981.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet