PDA untuk Mesyuarat Berkesan

oleh Fadzli Yusof, Amin Idris a.k.a Abid Abdullah

Harga: RM 17.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-983-3604-47-0
ISBN-10: 983-3604-47-1
Tarikh Terbit: 29 Jun 2007
Jumlah Muka Surat : 176

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Kerjaya

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Pengenalan

Bahagian I: Memanfaatkan Mesyuarat
PDA 1: Dunia Perlukan Pengurus Mesyuarat yang Lebih Baik
PDA 2: Asas Utama ‘Semasa’ Mesyuarat
PDA 3: Mesyuarat Tidak Formal
PDA 4: Memahami Mesyuarat Formal
PDA 5: Mengapa Mesyuarat Diadakan?
PDA 6: Mengapa Mesyuarat Gagal?
PDA 7: Bila Masanya Anda Memerlukan Mesyuarat?
PDA 8: Mesyuarat Melalui Komunikasi Pelbagai

Bahagian II: Persediaan Mesyuarat
PDA 9: Siapa Ahli Mesyuarat?
PDA 10: Ada Apa dengan Agenda?
PDA 11: Mesyuarat… Di Mana?
PDA 12: Peralatan Ibarat Senjata
PDA 13: Mengelakkan Persiapan Mesyuarat Bermasalah
PDA 14: Memilih Jenis Mesyuarat yang Sesuai

Bahagian III: Menghadiri Mesyuarat
PDA 15: Dilihat dan Didengar
PDA 16: Mendengar dengan Penuh Minat
PDA 17: Mengendalikan Masalah
PDA 18: Menyediakan Minit Mesyuarat
PDA 19: Bagaimana Menjadi Ahli Mesyuarat Aktif

Bahagian IV: Mempengerusikan Mesyuarat
PDA 20: Permulaan yang Menjanjikan Kejayaan
PDA 21: Memimpin Mesyuarat
PDA 22: Jangan Menyeleweng!
PDA 23: Memahami Ahli Mesyuarat
PDA 24: Sistematik dalam Membuat Keputusan
PDA 25: Memastikan Mesyuarat Terkawal
PDA 26: Mempengerusikan Mesyuarat
PDA 27: Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir
PDA 28: Kesimpulan dan Tindakan Susulan

Bibliografi
Biodata

Sinopsis

Mesyuarat adalah perkara wajib dalam setiap organisasi. Organisasi cemerlang memanfaatkan mesyuarat sebaik mungkin. Mesyuarat yang dilaksanakan ringkas, padat dan tersusun memberikan kesan optimum kepada organisasi. Mesyuarat seperti inilah yang dinamakan mesyuarat berkesan.

Info Penulis

Hj Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Beliau adalah Master Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).

Kelayakan Profesional:
Beliau telah ditauliahkan sebagai Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat. Selain itu, beliau juga merupakan seorang NLP Coach dan NLP Master Practitioner. Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB) juga telah mentauliahkan beliau sebagai Certified Profesional Trainer. Beliau juga adalah Alumni ESQ 165 (Leadership-MCB) dan Law of Attraction (LoA). Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan pensyarah undang-undang IPTA.

Kelayakan Akademik: Mendapat ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.

Penulisan Motivasi:
Sudah menghasilkan 30 judul buku berkaitan motivasi bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM). Sudah lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.

Modul yang dikendalikan:
a) Self Improvement & Motivation
- I Choose Success! (Untuk membentuk mindset sukses)
- My Success Story (Untuk membina motivasi dan matlamat diri)
- Total Action, Total Success (Untuk merangsang disiplin dan dedikasi diri)

b) Aplikasi NLP:
1. NLP untuk Komunikasi Berkesan
2. NLP untuk Pembentangan Efektif
3.NLP untuk Pemasaran / Kejurujualan
4. NLP untuk Pengurus / Penyelia
5. Memperkasakan Diri dengan NLP

Pengalaman Profesional:
Sepanjang penglibatan dalam bidang latihan, beliau telah mengendalikan banyak sessi yang melibatkan peserta daripada pelbagai latar, samada dari sektor kerajaan, mahupun swasta. Antaranya ialah seperti Petronas Methanol Sdn Bhd, Petronas Penapisan Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia Berhad, fmBrunei Group, Permodalan Nasional Berhad, FELCRA, RISDA Plantation, RISDA Espek, INTAN, Puncak Niaga Holdings, Proton Berhad, RapidKL, Kementerian Pelajaran, Kementerian Dalam Negeri Brunei, UKM, UPM, UTHM, UIAM, UMP, dan banyak lagi. Beliau juga adalah Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).

Penampilan Media:
Beliau juga sering dijemput oleh media untuk berkongsi tip dan hikmah dalam proses pembangunan insan dan binadiri. Antara penampilan beliau ialah sebagai penceramah Motivasi Pagi TV3, Motivasi Murid TV9, Wanita Hari Ini TV3, Astro AWANI, Segmen Remaja IKIM.fm, U Remaja TV1, Inspirasi Radio Nasional.fm, Selamat Pagi Malaysia (Siaran langsung), Stylo RTM,  Keluarga Bahagia RTM , Anggun Bergaya RTM,  Dian Ilmu RTM, Respon RTM, klip Motivasi Radio 24, klip Motivasi Radio Traxx.fm, dan banyak lagi.

Laman web syarikatnya ialah:

www.globalgenius.com.my : Program KuasaSukses dan NLP.
www.rktraining.com.my : Program SuperStudy.

Beliau boleh dihubungi di 03 4105 0035 atau SMS ke 0133511351.

Abid Abdullah dilahirkan pada 4 April 1981 di Sibu, Sarawak. Beliau mengikuti pengajian Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa.

Abid Abdullah memulakan awal persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Padang Garong, Kota Bharu pada 1988. Pada 1989 hingga 1990 beliau bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas. Pada 1991 beliau sekali lagi bertukar sekolah ke Sekolah Kebangsaan Langgar, Kota Baharu. Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang adalah sekolah rendah terakhir beliau pada 1992 hingga 1993.

Pencapaian yang diperoleh beliau semasa di sekolah rendah adalah pertandingan menyanyi Bintang RTM Peringkat Negeri Kelantan. Selain itu, beliau juga menyertai Pertandingan Melukis Negeri Kelantan dan menyandang Naib Johan. Beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pengakap.

Beliau meneruskan persekolahan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Falahiah, Pasir Pekan dari tahun 1994 hingga 1998. Pencapaian semasa beliau di sekolah menengah adalah:

1. Naqib Usrah 1996 hingga 1998.
2. Timbalan Presiden Badan Dakwah dan Tarbiah 1997.
3. Presiden Badan Dakwah dan Kepimpinan 1998.
4. Exco Tugas-tugas Khas Badan Pengawas.
5. Wakil Daerah Sukan Badminton.
6. Wakil Daerah Sukan Bola Tampar.
7. Wakil Sekolah Sukan Ping Pong.
8. Presiden Kelab Seni Khat.
9. Anugerah Kepimpinan Sekolah 1998.
10.Vokalis kumpulan nasyid sekolah dari tahun 1996 hingga 1998.

Semasa menyambung pengajiannya di matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Abid Abdullah memegang jawatan setiausaha Impresi Seni pada tahun 1999. Selain itu, beliau memegang jawatan presiden Majlis Perwakilan Pelajar Matrikulasi UIAM pada tahun 2000.

Selepas tamat matrikulasi UIAM, beliau kemudian ke UIAM Kampus Induk, Gombak. Sepanjang pengajiannya di UIAM Gombak, beliau aktif dalam aktiviti berpersatuan dan prihatin dengan isu-isu kemasyarakatan, nasional dan antarabangsa. Aktif dalam persatuan Mahasiswa Undang-Undang UIAM bermula tahun 2001 hingga 2005, bertindak sebagai pembantu khas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM sejak tahun 2001 hingga 2005.

Amin Idris a.k.a Abid Abdullah kini adalah fasilitator dan felo penyelidikan di RK Training & Management. Berpengalaman sebagai wartawan sambilan, aktif menulis di akhbar-akhbar harian, majalah dan laman-laman web. Siswazah undang-undang UIA ini mempunyai pengalaman luas dalam menganjurkan program dan latihan dalam bidang kepemimpinan remaja dan belia. Beliau menulis beberapa buah buku kepemimpinan remaja seperti RK Presiden, RK Pustakawan, RK Ketua Biro, RK Ketua Pasukan, RK Pemimpin Wibawa dan RK Mesyuarat Berkesan. Beliau juga menulis skrip untuk TV Pendidikan dan menjadi pengacara di rancangan-rancangan TV Pendidikan. Lawati laman web beliau di www.aminidris.com atau www.fuyoo.com.

Buku lain oleh penulis ini

  • Mengurus Kerja Berpasukan
    RM 21.00 / RM 24.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-192-854-7
    Tarikh Terbit: 31 Dec 2004
  • 55 Petua Kerja Berpasukan
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-10-1
    ISBN-10: 9833372104
    Tarikh Terbit: 01 May 2005
  • 55 Petua Orang Berjaya (Edisi Paperback)
    RM 10.00 / RM 13.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: ISBN 983-192-064-3
    Tarikh Terbit: 15 Nov 2005
  • Sibuk ataupun Penyibuk?
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-91-1
    ISBN-10: 983-3372-91-0
    Tarikh Terbit: 14 Jun 2006
  • Resipi Kejayaan untuk Remaja
    RM 14.90 / RM 17.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13:
    ISBN-10: 983-3603-62-9
    Tarikh Terbit: 20 Jun 2006
  • 55 Petua Orang Berjaya
    RM 19.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-86-6
    ISBN-10: 983-3372-86-4
    Tarikh Terbit: 10 Jul 2006
  • PDA untuk Pemimpin Berwibawa
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 9789833604487
    ISBN-10: 983-3604-48-X
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2007
  • PDA untuk Mengurus Masa
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-65-4
    ISBN-10: 983-3604-65-X
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2007
  • 55 Petua Seronok Bekerja
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-09-6
    ISBN-10: 983-3372-09-0
    Tarikh Terbit: 04 Jun 2007
  • PDA untuk Pembentangan Berkesan
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-66-1
    ISBN-10: 983-3604-66-8
    Tarikh Terbit: 28 Jun 2007
  • PDA untuk Pemimpin Berwibawa
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 9789833604487
    ISBN-10: 983-3604-48-X
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2007
  • PDA untuk Mesyuarat Berkesan
    RM 17.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-47-0
    ISBN-10: 983-3604-47-1
    Tarikh Terbit: 29 Jun 2007

Temubual bersama penulis