Buku

Pendekar Siamang Gagap

RM 20.00 / RM 23.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada
Beli Versi Ebook
 

ISBN: 978-983-3892-83-9

Muka Surat: 320

Saiz:

Tarikh Terbit: 11 Nov 2010

Kategori:

1872….


Yamtuan Antah menaiki takhta dengan sokongan Datuk Siamang Gagap, Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana. Namun pelantikan itu mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad Tunggal.
Inggeris mula memainkan peranan dan sengketa bermula….


Tengku Ahmad dengan hasutan-hasutan Inggeris dan bantuan Undang Luak Sungai Ujung, mula melancarkan perang ke atas Sri Menanti.


Datuk Siamang Gagap dengan perikatannya bertahan. Selepas beberapa siri pertempuran, Datuk Siamang Gagap bertahan di Bukit Putus.
Kedua-dua belah pihak punyai kelebihan, punyai pendekar yang bukan calang-calang dan punyai semangat yang menjulang.
Lalu siapa yang alah dan siapa yang menang?


***


Menurut ceritanya, suatu ketika dahulu memang wujud seekor siamang yang gagap apabila berbunyi.
Penduduk kampung di Seri Menanti menganggap siamang itu ‘keramat’ kerana menjadi pelindung kepada penduduk kampung.
Apabila ada musuh datang menyerang, maka ‘Siamang Gagap’ itu akan berbunyi sebagai tanda amaran supaya mereka bersiap sedia.


Apabila Siamang Gagap itu mati, penduduk kampung seperti kehilangan pelindung dan mereka tidak lupakan jasa haiwan itu.
Menurut sejarahnya, ada seorang lelaki mendapat gelaran ‘Siamang Gagap’ kerana jasanya menyelamatkan Seri Menanti daripada angkara musuh.
Lelaki itu bernama Kahar bin Haji Mukmin. Sejak dia mendapat gelaran itu, beliau dikenali dengan nama Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang gagap.

Pendahuluan v
Lahirnya Seorang Pahlawan 1
Perjuangan
Menentang Penjajah 12
Sanggup Bermandi Darah 23
Dendam 34
Naning, 0h Naning 45
Perang Linggi - Rembau 56
Penjajah 67
Tipu Helah Inggeris 79
Minangkabau,
Tanah Seberang 90
Bermulanya Campur Tangan Inggeris 102
Persengketaan 115
Tipu Muslihat Menentang Orang Rawa 127
Kahar,
Datuk Siamang Gagap 138
Perebutan Kuasa 149
Pemilihan Yamtuan 161
Pergolakkan Seri Menanti 173
Perang Dua Pembesar 185
Dendam Membara 197
Rancangan Diatur 210
Perang di Bukit Putus 221
Tewas di Bukit Putus 234
Sudah Terang
Lagi Bersuluh 246
Terpedaya dengan
Muslihat Inggeris 258
Kebangkitan Pendekar Siamang Gagap 270
Pelantikan
Yamtuan Muhammad 282
Perginya
Pahlawan Terbilang 294
Rujukan 306

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024