Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-983-3654-53-6
ISBN-10: 983-3654-53-3
Tarikh Terbit: 25 Sep 2008
Jumlah Muka Surat : 170
Kategori: Remaja, Fiksyen Sains, Remaja Umum
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Zaman lalu, dunia ini aman kerana dijaga empat ekor naga. Naga-naga ini menjaga kawasan masing-masing di setiap sudut dunia. Namun, kemunculan raksasa ular yang bernama Cobra mengundang malapetaka. Seekor naga tidak mampu melawan raksasa ganas itu. Ia memaksa kesemua naga bergabung menentang raksasa ganas itu. Raksasa itu tumpas tetapi ditukar dengan harga yang amat mahal. Kesemua naga itu kehilangan kuasa dan terus hilang di muka bumi. Sejak itu, tiada lagi pengawal dunia.
Hari ini, sejarah itu bakal berulang. Raksasa ular itu kembali, tetapi dengan rupa manusia. Nama manusianya adalah, Tuan Cobra. Tuan Cobra sama seperti raksasa naga, mahu merosakkan bumi. Kali ini, caranya lebih teratur. Dia merancang mahu memukau manusia dengan menggunakan Kulat!

Mya Marja adalah nama pena bagi Muhd. Yatim Marjiko yang berkhidmat sebagai guru di sebuah sekolah rendah di pedalaman Negeri Sembilan. Beliau dilahirkan pada 21 Mei 1972 di Sabak Bernam, Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Cempaka dan Sekolah Kebangsaan Teluk Ru, Sabak Bernam. Kemudian, menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Munshi Abdullah, Sabak Bernam sehingga tingkatan lima. Pelajaran dilanjutkan ke peringkat tingkatan enam di Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam. Beliau kemudian diterima masuk ke maktab perguruan di Institut Bahasa Kuala Lumpur. Pengkhususan beliau adalah Pengajian Sekolah Rendah (Pengajian Melayu).
Semasa di semester lima, beliau menjalani praktikum (latihan mengajar) bersekali dengan penempatan mengajar di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. Selepas lima tahun berkhidmat sebagai guru, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia secara Pengajian Pendidikan Jarak Jauh dan berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sejarah) empat tahun kemudian. Namun begitu, beliau tetap mendapat penempatan mengajar di sekolah rendah, sekolah yang sama semasa beliau mula-mula ditempatkan mengajar.
Pengalaman sepanjang terlibat dalam dunia pendidikan diabadikan di dalam novel profesion ini. Novel yang menyorot kehidupan seorang pemuda dari kecil hingga bekerja sebagai guru turut menampilkan suka dan duka dunia pendidikan yang dilaluinya. Kini, beliau masih berkhidmat sebagai guru bahasa Malaysia di sebuah sekolah rendah.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet