Harga: RM 8.00 / RM 9.00
ISBN-13: 978-967-5137-97-6
Tarikh Terbit: 1 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 108
Kategori: Islam, Doa & Amalan, Islam Umum, Sufi
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
PENDAHULUAN
PERSIAPAN MENUJU IBADAH MALAM HINGGA FAJAR
PERSIAPAN HATI
PERSIAPAN JASMANI
TIDUR UNTUK BANGUN
AMALAN SELEPAS BANGUN
PANDUAN AMALI IBADAH MALAM HINGGA FAJAR
SOLAT IFTITAH
SOLAT TAHAJUD
CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJUD
SOLAT WITIR
SOLAT SUNAT SUBUH
SOLAT SUBUH
TADARUS
KEUTAMAAN & KELEBIHAN IBADAH MALAM HINGGA FAJAR
KEUTAMAAN SOLAT WITIR
KEUTAMAAN SOLAT SUNAT SUBUH
KELEBIHAN SOLAT SUBUH
KELEBIHAN SOLAT TAHAJUD
PENUTUP
RUJUKAN
Kesempurnaan ibadah menjadi matlamat utama umat Islam. Ia hanya dapat dicapai apabila ibadah dikerjakan selaras dengan peraturannya, iaitu tidak mengerjakan sebahagian daripadanya dan kemudian mengabaikan yang lain. Contohnya, mengerjakan tahajud tetapi mengabaikan solat subuh yang fardu. Buku ini memaparkan kaedah mengurus waktu supaya solat tahajud dikerjakan tidak mengabaikan ibadat lain.
Berbeza dengan buku pandauan ibadat yang lain, Munajat Malam tidak sekadar memberikan panduan beribadat pada waktu malam. Sebaliknya, ia membimbing pembaca agar menghayati dan memahami erti pengabdian kepada Pencipta. Bermula dari waktu siang, pembaca diajar menyiapkan diri daripada aspek rohani dan fizikal agar mampu bangun beribadat pada waktu malam. Tip-tip yang diberikan juga sangat dan praktikal untuk siapa sahaja yang mengamalkannya.
Membaca buku ini, anda terpanggil untuk segera mengerjakan ibadah-ibadah malam ini. Pengarang berjaya menimbulkan kesan nikmat kemanisan bersujud di tengah malam, ketika orang lain sedang tidur.
Yusni A. Ghazali atau nama penuh, Muhammad Yusni al-Ghazali adalah anak kelahiran Ponorogo, Jawa Timur. Beliau mendapat didikan agama sejak sekolah rendah dan menengah hingga berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Seterusnya beliau meneruskan pengajiannya ke High Institute of Hadith Science Darus Sunnah Ciputat, Jakarta di bawah asuhan Prof Dr. Ali Mustafa Yakub (Imam Besar Masjid Istiqlal Jakarta).

Yusni A. Ghazali, lahir di Ponorogo Jawa Timur pada 12 September 1981. Usai menamatkan pendidikannya di Tebu Ireng, ia melanjutkan kembali belajar di Universitas Islam Negeri Jakarta. Sambil kuliah, aktif belajar menjadi mahasantri di High Institute of Hadith Science Darus-Sunnah Ciputat, yang diasuh oleh Prof. Dr. KH. Ali Mustafa Yakub.
Beliau mendapat pendidikan rasmi di Madrasah Tsanawiyah Salafiyah Syafi’iyah Tebu Ireng Jombang, Madrasah Aliyah Salafiyah Syafi’iyah Tebu Ireng Jombang, Institute of Hadith Science Darus-Sunnah Ciputat (Pengasuh, Prof. Dr. Ali Mustafa Ya’kub) seterusnya melanjutkan pengajian ke Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta.
Beberapa judul buku yang sudah ia tulis yakni Shalat Lima Waktu Bersama Nabi (penerbit Alifbata), Puasa Sepanjang Tahun Bersama Nabi (penerbit Alifbata), Meraih Keutamaan Sifat Shalat Nabi (penerbit Alifbata), Mukjizat Bersujud di Keheningan Malam (penerbit Alifbata), Mukjizat Tahajud & Subuh (penerbit Grafindo), Shalat Dhuha, Merayu Allah Saat Rezeki Dibagi-bagi (penerbit Grafindo), Terapi Shalat Subuh (penerbit Grafindo), dan Buku Pintar Etika Shalat (Aksara Qalbu). Terbakar Kumandang Azan (Penerbit IIMAN), Shalat Malam Bersama Nabi (Penerbit Zaman, Serambi),
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet