Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-5137-59-4
Tarikh Terbit: 6 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 264
Kategori: Islam, Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Siri Muaz & Haikal
Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
1. Along HIlang
2. Polis Datang
3. Seluar Panjang Seluar Pendek
4. Penyiasat Tambahan
5. Mencari maklumat
6. Ditangkap
7. Kedah atau Johor
8. Solat Hajat
9. Budak Hilang
10. Berita Terkini
11. Hukuman Mama
12. berkawan Semula
13. Surat Beranak
14. Teman Sejati
Along tiba-tiba tidak datang ke sekolah dan ini menghairankan Anwar dan Farhad. Paling menghairankan guru-guru juga seperti merahsiakan sesuatu. Cikgu Ismail, guru bahasa dan juga jurulatih pasukan bola sekolah juga tidak mahu memberi komen.
Apakah yang berlaku kepada Along? Adakah dia melarikan diri dari rumah atau diculik orang? Adakah Along akan dijumpai nanti? Apakah kesudahan cerita Along? Ketahui misteri kehilangan Along.
Kusyi Hirdan, anak kelahiran bandar di raja Kuala kangsar, Perak. Dibesarkan di Bukit Candan. Bakat semulajadi beliau dalam bidang penulisan diasah sejak usianya seawal 12 tahun. Dia mula menghantar berita ke radio dan akhirnya cerpen-cerpen ke majalah tempatan. Aktivit menulis di alam sekolah begitu dekat dengan hatinya. Kini, berkerjaya sebagai wartawan, Kusyi tidak hanya menulis genre kanak-kanak tetapi remaja dan juga dewasa. Novel peertamanya terhasil pada tahun 2006 dan selepas itu, 18 buah novel lagi menyusul termasuk novel bersiri. Sepanjang kerjaya di dunia kawartawanan dan penulisan, Kusyi dianugerahi: 1) Hadiah kewartawanan Malaysia- Penulis Majalah terbaik ( Bahasa melayu) pada tahun 2002. 2) Singapore Tourism Award- Penulis artikel Terbaik ( Bahasa Melayu) pada tahun 2005. 3) Hadiah saguhati dalam Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran pihak IKIM.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet