Harga: RM 18.90 / RM 20.90
ISBN-13: 978-983-3654-63-5
ISBN-10: 983-3654-63-0
Tarikh Terbit: 10 Oct 2008
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori: Novel Dewasa, Mengapa Aku...
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Pejabat seluas rumah teres kos rendahnya, gaji berpuluh ribu, kereta besar bersama pemandu peribadi. Ternyata status sebagai pengetua di Kolej Elita lumayan. Malah, dia mungkin pengetua termuda di dunia! Hidup sebagai orang berkuasa, tentu seronok! Namun, Izaz Noraini gadis muda yang tidak pernah bermimpi mahu jadi pengetua dan sesungguhnya dia tidak tertarik dengan kemewahan itu.
Kata Izaz, “Saya tidak mahu jadi pengetua!”
Kata guru-guru Kolej Elita, “Budak mentah jadi pengetua? Porak-peranda kolej ini!”
Kata Elita dalam wasiat yang ditinggalkannya, “Izaz Noraini, kamu perlu jadi pengetua! Muktamad!”
Kusyi Hirdan, anak kelahiran bandar di raja Kuala kangsar, Perak. Dibesarkan di Bukit Candan. Bakat semulajadi beliau dalam bidang penulisan diasah sejak usianya seawal 12 tahun. Dia mula menghantar berita ke radio dan akhirnya cerpen-cerpen ke majalah tempatan. Aktivit menulis di alam sekolah begitu dekat dengan hatinya. Kini, berkerjaya sebagai wartawan, Kusyi tidak hanya menulis genre kanak-kanak tetapi remaja dan juga dewasa. Novel peertamanya terhasil pada tahun 2006 dan selepas itu, 18 buah novel lagi menyusul termasuk novel bersiri. Sepanjang kerjaya di dunia kawartawanan dan penulisan, Kusyi dianugerahi: 1) Hadiah kewartawanan Malaysia- Penulis Majalah terbaik ( Bahasa melayu) pada tahun 2002. 2) Singapore Tourism Award- Penulis artikel Terbaik ( Bahasa Melayu) pada tahun 2005. 3) Hadiah saguhati dalam Pertandingan Menulis Skrip Berunsur Islam anjuran pihak IKIM.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet