Melakar Cinta Firdausi

oleh Nurul Aini K. Azhari, Aimi Nabihah Mohamad

Harga: RM 16 / RM 18
ISBN-13: 978-983-3892-38-9
Tarikh Terbit: 12 May 2009
Jumlah Muka Surat : 304

Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Islami

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Sinopsis

Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit.

Info Penulis

Nurul Aini Khairul Azhari dilahirkan pada 21 Januari 1985 di negeri Kedah Darul Aman. Anak kepada Encik Khairul Azhari Hj Abdul Majid dan Puan Kursiah Hj Abdul Hamid ini merupakan anak pertama dari lapan orang adik-beradik.

Beliau memulakan alam persekolahannya di Sekolah Kebangsaan Sri Selama, Selama, Perak pada tahun 1992 hingga 1997. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Damansara Jaya, Petaling Jaya, Selangor (1998), Sekolah Menengah Taman Melawati, Kuala Lumpur (1999-2000), Maktab Rendah Sains Mara Mersing, Johor (2001-2002). Selepas tamat pelajaran peringkat menengah beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pulau Pinang selama satu tahun (2003). Kini beliau sedang menuntut di Universiti Malaya dalam jurusan Sains dengan Pendidikan peng-khususan Kimia.

Semasa di alam persekolahan beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya, Ahli Lembaga Disiplin Pelajar, Naib Setiausaha Kelab Catur dan aktif dalam mengendalikan program-program motivasi sebagai fasilitator. Beliau juga pernah menyertai pertandingan pidato dan melukis peringkat sekolah. Beliau sangat berminat bermain catur dan banyak menyertai kejohanan catur sehingga ke peringkat negeri.

Penglibatan beliau dalam memegang banyak tanggungjawab dan menyertai pelbagai program menimbulkan kesedaran dan idea di dalam menghasilkan buku MENGURUS DIRI DAN MASA ini.

Menurut beliau lagi, hasil penulisan ini dapat membantu remaja dalam mengendalikan kehidupan seharian yang kian mencabar. Beliau banyak menghabiskan masa lapangnya dengan membuat kajian mengenai personaliti remaja. Beliau menulis sejak berumur 20 tahun.

Dilahirkan pada 24 November 1985,Aimi Nabihah Mohamad merupakan anak kedua daripada 5 beradik dalam keluarga.Berasal dari Marang,Terengganu Darul Iman.Mendapat pendidikan awal di SK Pasir Puteh,Marang,SM(A) Marang dan SMKA Durian Guling,Marang seterusnya ke Kolej Matrikulasi Johor dalam bidang Sains Biologi.Kini,sebagai mahasiswa tahun akhir dalam jurusan Sains dan Pendidikan (pengkhususan Kimia) di Universiti Malaya.

Buku lain oleh penulis ini

  • Melakar Cinta Firdausi
    RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-38-9
    Tarikh Terbit: 12 May 2009
  • Melakar Cinta Firdausi
    RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-38-9
    Tarikh Terbit: 12 May 2009

Temubual bersama penulis