Meja Runding - Dari Konflik ke Solusi Strategik

oleh Imran Yusuf

Harga: RM 20.00 / RM 22.00
ISBN-13: 978-967-5226-96-0
Tarikh Terbit: 2 Apr 2010
Jumlah Muka Surat : 200

Kategori: Bisnes & Pengurusan, Pengurusan

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Penghargaan 

Prakata 
 
Bahagian 1: Kenali Situasi Berunding
1 Pengenalan
2 Pelbagai Situasi Berunding 
 
Bahagian 2: Ciri-ciri perunding yang berjaya
3 Seni Tawar-Menawar 
4 Perancangan 
5 Perbincangan 
6 Proses Tawar-menawar 
7 Mencapai Persetujuan 
8 Pelbagai Kategori Juru Perunding 
9 Diplomat 
10 Perunding Damai 
11 Broker 
12 Perunding Kesatuan Sekerja 
13 Perunding Tebusan 
14 Penimbang Tara 
15 Pengurus Projek 
 
Bahagian 3: Persediaan sebelum berunding
16 Persediaan 
17 Akibat Kurang Persediaan 
18 Mengapa Kurang Persediaan 
19 Contoh Persediaan Berunding 
20 Memahami Tujuan 
21 Membuat Kaji Selidik 
22 Tip-tip Berjaya Ketika Berunding 
 
Bahagian 4: Proses Berunding
23 Empat Fasa Berunding 
24 Gaya Berunding 
25 Hasil Berunding 
 
Bahagian 5: Cabaran Semasa Berunding
26 Mengenali Cabaran Ketika Berunding 
27 Perasaan 
28 Tipu Daya dan Ugutan
29 Perbezaan Budaya 
30 Jalan Buntu 
 
Bahagian 6: Berunding Gaya Nabi Muhammad - Permata Dari Sejarah
31 Pengalaman Awal 
32 Peristiwa Batu Hitam 
33 Tawaran Pemimpin Quraisy 
34 Rundingan Wakil Nabi di Habsyah 
35 Rundingan Sumpah Setia Aqabah 
36 Rundingan Piagam Madinah 
37 Rundingan Tawaran Perang Badar
38 Rundingan Perjanjian Hudaibiyah 
 
Rujukan 

Sinopsis

Muhammad bin Abdullah, yang dilantik oleh Allah sebagai pemimpin masyarakat islam pada zaman lampau, tidak dilahirkan biasa-biasa. Antara kisah sejarah yang menyerlahkan bakat beliau sebagai juru runding terbaik di dunia ialah peristiwa batu hitam, tawaran pemimpin Quraisy, rundingan wakil nabi di Habsyah, sumpah setia Aqabah, piagam Madinah, tawanan perang Badar, perjanjian Hudaibiyah dan banyak lagi. Semuanya ada dihuraikan di dalam Meja Runding ini.

Selain itu, antara bonus yang terkandung dalam Meja Runding ialah:
- Bagaimana mengenal sama ada tawaran ataupun umpan dalam rundingan?
- Beberapa contoh kajian kes rundingan yang melibatkan tebusan.
- Contoh kes rundingan dalam dunia semasa seperti di Malaysia, Amerika, Iran dan lain-lain.
- Persediaan menghadapi gangguan rundingan seperti emosi, tipu daya dan ugutan.
- Seni mencari kesepakatan dalam tawar-menawar.
 
Meja Runding, bukan sahaja wajib dibaca oleh para diplomat, juru runding, broker dan kesatuan sekerja sahaja. Bahkan, ia sesuai dibaca oleh sesiapa yang terlibat dalam jualan, pemasaran, usahawan atau pengurus projek.

Info Penulis

Dari catatan rekod nan berautoriti, Imran Yusuf dilahirkan di sebuah kampung kecil di tepi Sungai Kelantan. Di negeri itu jugalah beliau berkubang di sawah sambil belajar menangkap ikan puyu dan haruan. Pernah juga mandi di parit dan tali air, malah pada suatu hari hampir sahaja mati lemas dalam sebuah parit, sekiranya tidak diselamatkan oleh seorang rakan.
Walau pun pernah menyantuni ilmu secara formal di Sekolah Kebangsaan Jambu Lawar, Sekolah Menengah Kamil dan Maktab Tentera Di Raja, namun pengalaman serta pancaroba hidup lebih meninggalkan bekas dalam diri beliau.
Beliau tidak menyangka dapat berkelana ke United Kingdom dari 1977-1982, sambil berkenalan dengan rakan pelajar di Newark Technical College, Nottingkamshire dan Hatfield Polytechnic (Kini Hertfordshire University) sehingga pulang menggenggam sekeping ijazah sarjana muda Matematik.
Dalam bidang penulisan, penterjemahan dan kemahiran hidup bisnes, beliau ialah salah seorang daripada ratusan mentee Puan Ainon Mohd., Chairman PTS.
Pengalaman kerja dalam bidang maritim dan teknologi maklumat di tanah air serta hasil pemerhatian budaya dan sosial masyarakat di pentas dunia seperti di Sudan, Turki, Australia, United Kingdom, Belanda, Thailand, Indonesia dan Denmark, telah beliau jadikan rempah ratus resipi yang berperisa dalam karya. Beliau berpendapat minat terhadap perkembangan politik global serta hobi menyantuni kucing, orkid serta pelbagai flora dan fauna ciptaan Allah memberi makna tambahan dalam hidup.
Buku beliau terbitan PTS pada tahun 2011 ialah Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga, Oh Sudan Ayahku Hero, Laksamana Cheng Ho: Armada Lautan Barat dan Buat Duit Dengan Katering(karya bersama rakan penulis, Hizamnuddin Awang).
Karya lain beliau ialah MEJA RUNDING: Dari Konflik ke Solusi Strategik (2010), Meredah Samudera (2008), iaitu novel yang mengisahkan kerjaya pelaut di kapal dagang.
Selain itu, karya beliau ialah Di Bawah Payung Aishah: Tip-Tip Poligami (2007).
Buku yang beliau tulis bersama Zamri Mohamad ialah:
Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah (2009) dan
Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah (2010).
Buku karangan beliau bersama isteri ialah Buat Duit Dengan Jaga Budak (2010).
Buku karangan Brian Tracy yang beliau terjemah pula ialah:
The Psychology of Selling (2008) dan
The Art of Closing The Sale (2009).
Beliau juga menterjemah cerpen dan novel detektif Sherlock Holmes, antaranya:
Sherlock Holmes 2: Detektif yang Penuh Kejutan (2008),
Sherlock Holmes 3: Wira Kota London (2009) dan
Sherlock Holmes 4: A Study in Scarlet (2009), SH5: Sumpahan Empat Sahabat (2010).

Buku lain oleh penulis ini

  • Sherlock Holmes 2 - Detektif yang Penuh Kejutan
    RM 14.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-34-5
    ISBN-10: 983-3654-34-7
    Tarikh Terbit: 15 Jun 2008
  • Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
    RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-30-2
    ISBN-10: 983-3604-30-7
    Tarikh Terbit: 16 Feb 2009
  • Sherlock Holmes - Wira Kota London
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3654-89-5
    ISBN-10: 983-3654-89-4
    Tarikh Terbit: 08 Jul 2009
  • Sherlock Holmes - A Study in Scarlet
    RM 14.00 / RM RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-12-6
    Tarikh Terbit: 01 Oct 2009
  • Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
    RM 18.50 / RM RM20.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5564-00-0
    Tarikh Terbit: 17 Mar 2010
  • Buat Duit dengan Jaga Budak
    RM 14.50 / RM 16.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-83-0
    Tarikh Terbit: 22 Mar 2010
  • Meja Runding - Dari Konflik ke Solusi Strategik
    RM 20.00 / RM 22.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-96-0
    Tarikh Terbit: 02 Apr 2010
  • Sherlock Holmes: Sumpahan Empat Sahabat
    RM 13.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5406-85-0
    Tarikh Terbit: 08 Nov 2010
  • Buat Duit dengan Katering
    RM 14.00 / RM 16.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-369-084-8
    Tarikh Terbit: 21 Feb 2011
  • Laksamana Cheng Ho
    RM 24 / RM 27 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-76-1
    Tarikh Terbit: 21 Feb 2011

Temubual bersama penulis