Harga: RM 18 / RM 20
ISBN-13: 978-983-3892-43-3
Tarikh Terbit: 9 Jul 2009
Jumlah Muka Surat : 416
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Islami
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Profesor Madya Dr. Ainur Mustika dalam dilema memilih lelaki terbaik untuk menjadi pasangan hidupnya. Syed Amirul Hakim yang bagai ombak tidak pernah lelah memukul pantai hatinya dengan Emir Johan yang bagai bayu tidak henti membelai nyaman mendasari kalbunya, sentiasa mengundang debarnya. Dia mengakui, tidak lengkap hidup seorang wanita tanpa lelaki bergelar suami di sisinya, dan sebaliknya kejayaan seorang lelaki pula di belakangnya ada seorang wanita bergelar isteri yang menjadi inspirasinya. Namun begitu, adakah hal itu benar kini? Berapa banyakkah bahtera perkahwinan yang karam sebelum sempat berlabuh ke destinasinya?
NISAH HARON, sasterawan muda dan ibu kepada lima orang anak. Lahir pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan dan mantan peguam (1997-2006) sebelum menjadi pengarang sepenuh masa. Pendidikan awalnya di SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban kemudian meneruskan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang undang-undang (1997). Setelah bertugas sebagai peguam selama lapan tahun, beliau menyambung pengajian undang-undang ke peringkat sarjana (2006).
Mula menulis sejak tahun 1988 dan karya pertama tersiar di dalam majalah Dewan Siswa (1990) berjudul “Di Sebalik Wajahmu, Aries”. Antara anugerah penulisan yang pernah dimenanginya ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97) melalui cerpennya “Persidangan Agung Wanita Klasik”, Anugerah Sastera Negeri Sembilan 2005 & 2007. Blog peribadinya boleh dilayari di www.annyss.blogspot.com. Terkini, Nisah Haron adalah pemenang hadiah pertama Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12 melalui cerpennya Aset Istiqamah.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet