Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-5406-56-0
Tarikh Terbit: 27 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Kanak-Kanak, Cerita Kanak-kanak, Illustrasi
Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Puteri Arabella
(Oleh: Natasha Effyzal)
Puteri Dian Adelia
(Oleh: Aizam Aiman)
Puteri Farisya
(Oleh: Iman Qaisara)
Puteri Qaira
(Oleh: Haryani Kamilan)
Puteri Humaira
(Oleh: Adha Ameera)
Ikuti kisah Puteri Arabella yang tampil membuat kebajikan dan terpaksa mengorbankan barang yang disayanginya demi insan yang lebih memerlukan. Dia mahu melihat orang lain gembira. Dia berharap gaun merah jambu kepunyaannya dapat membuatkan rakannya gembira di hari lebaran.
Kali ini Puteri Dian Adelia terpaksa menggayakan gaun merah jambu yang bukan warna kegemarannya. Walaupun begitu, dia bahagia kerana dapat membantu kawan baiknya Izyan menyelesaikan masalahnya.
Hayati kisah Puteri Farisya yang gembira dapat membantu kanak-kanak miskin bergembira di hari raya. Walaupun sibuk dengan membuat kebajikan, dia tidak lupa dirinya sendiri. Gaun merah jambu tetap menjadi pilihan hati.
Selepas pelbagai ujian dilalui, akhirnya Puteri Qaira dapat berkongsi baju raya berwarna merah jambu bersama teman baharunya Rafika.
Puteri Humaira menerima hadiah istimewa bagi dipakai pada hari raya. Gaun merah jambu yang diberikan ayahandanya sungguh bermakna baginya.
Menulis siri:
1. Trilogi Diraja - Sayalah Puteri Raja, Sayalah Putera Mahkota dan Kamilah Kembar Diraja.
2. Siri My - My Angel, My Hero, My Secret dan My Memory. Penutup Siri My adalah novel Syok - Adilah Cik Serba Tahu.
3. Siri Kisah Si Puteri bersama empat penulis lain.
4. Juga untuk majalah Untuk Si Gadis.
Maklumat lanjut berkenaan penulis boleh diperolehi daripada Facebook Aizam Aiman (Leeya Myra).
Iman Qaisara adalah anak kelahiran negeri jelapang padi, Kedah. Beliau sudah berumahtangga dan dikurniakan seorang anak. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2010 dan cenderung meminati cerita kanak-kanak.

Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet