Harga: RM 28.00 / RM 31.00
ISBN-13: 978-983-3586-88-2
Tarikh Terbit: 8 Apr 2008
Jumlah Muka Surat : 160
Kategori: Bantu Diri, Imej, Motivasi & Inspirasi, Bisnes & Pengurusan, Kepimpinan, Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Penghargaan Penterjemahan
Penghargaan Penulis Asal
Pengenalan
1 KARAKTER: Anda Perlu Cekal Seperti Batu
2 KARISMATIK: Kadangkala Pandangan Pertama Sudah Mencukupi
3 KOMITMEN: Membezakan Antara yang Melakukan dengan yang Hanya Berangan-Angan
4 KOMUNIKASI: Tanpanya, Anda Hanya Bergerak Seorang Diri
5 KECEKAPAN: Jika Anda yang Melakukannya, Mereka Pasti akan Mengikut
6 KEBERANIAN: Satu Orang yang Berani Sama dengan Sebuah Majoriti
7 KEBIJAKSANAAN: Tiada Lagi Misteri yang Tidak Dapat Diselesaikan
8 FOKUS: Semakin Tajam Fokus Anda, Semakin Tajam Kemahiran Anda
9 BERMURAH HATI: Cahaya Lilin Anda Tidak Malap Apabila Menyalakan Lilin yang Lain
10 INISIATIF: Tanpanya Anda Tidak Mungkin Keluar Dari Rumah
11 MENDENGAR: Bagi Menyentuh Perasaan Mereka, Gunakan Telinga Anda
12 KEGHAIRAHAN: Hargai Setiap Hari dalam Hidup Anda
13 SIKAP POSITIF: Jika Anda Percaya Anda Boleh, Anda Pasti Boleh
14 MENYELESAIKAN MASALAH: Jangan Biarkan Masalah Anda Menjadi Masalah
15 HUBUNGAN YANG BAIK: Jika Anda Mempunyai Hubungan yang Baik, Mereka akan Mengikut Anda
16 BERTANGGUNGJAWAB: Jika Anda Tidak Sanggup Memikulnya, Anda Tidak Layak Memimpin
17 BERPENDIRIAN TEGUH: Kecekapan Tidak Mungkin Dapat Menggantikan Keyakinan Diri
18 DISIPLIN: Orang Pertama yang Perlu Anda Pimpin adalah Diri Anda Sendiri
19 SEDIA BERKHIDMAT: Bagi Terus Maju, Dahulukan Orang Lain
20 KEMAHUAN HENDAK BELAJAR: Teruslah Belajar Supaya Dapat Terus Memimpin
21 VISI: Anda Tidak Boleh Kejar Apa yang Anda Tidak Dapat Lihat
Kesimpulan
Profil Penulis
Apakah yang menyebabkan orang mahu mengikut pemimpin? Apakah yang menyebabkan pengikut pemimpin sanggup bermati-matian untuknya, manakala pengikut pemimpin yang lain merungut-rungut mengikuti arahan pemimpin itu? Jawapan sebenarnya terletak pada sifat-sifat yang ada pada diri pemimpin itu. Buku ini ditulis bagi membantu menyedarkan anda berkenaan nilai-nilai yang perlu ada pada pemimpin, serta membantu anda menanam serta membentuk nilai-nilai itu dalam keperibadian anda. Supaya anda menjadi pemimpin yang lebih efektif dan disanjungi serta disayangi pengikut-pengikut anda.
JOHN C. MAXWELL adalah pakar kepimpinan terkemuka di Amerika Syarikat dan bercakap berkenaan kepimpinan kepada beratus ribu orang individu setiap tahun. Beliau pernah berkongsi prinsip-prinsip kepimpinannya dengan syarikat-syarikat Fortune 500, Akademi Tentera Amerika Syarikat di West Point dan juga organisasi-organisasi sukan seperti NCAA (Persatuan Atletik Kolej Kebangsaan Amerika), NBA (Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Amerika) dan NFL (Liga Kebangsaan American Football).
Maxwell mengasaskan beberapa organisasi, termasuk Maximum Impact, yang bertujuan membantu individu mencapai potensi kepimpinan mereka. Dan beliau juga sudah menulis lebih 30 buah buku, termasuk Developing the Leader Within You, Your Road Map for Success dan The 21 Irrefutable Laws of Leadership, yang sudah terjual lebih daripada satu juta naskhah.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet