Islam : Adil untuk Semua

oleh Abdul Hadi Awang

Harga: RM 14.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-5137-55-6
Tarikh Terbit: 11 Jun 2009
Jumlah Muka Surat : 136

Kategori: Islam, Politik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Apa Erti Adil Politik dan Amanah Islam dan Demokrasi Diktatorship dan Teokrasi Peranan Ulil Amri Adil Syarat Wajib Keadilan Undang-Undang Siasah Syar’iyyah Kehakiman Keadilan Ekonomi Keadilan Masyarakat Pembebasan Hamba Hukuman Qisas Islam dan Hubungan Antara Bangsa

Sinopsis

“Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim, walaupun sebesar debu.” (Surah an-Nisak : 40) Keadilan mengikut pentafsiran demokrasi Barat tidak lengkap dan menyeluruh kerana dikongkong perasaan perkauman, bangsa, pengaruh harta, pangkat dan monopoli politik. Islam tampil menjadi penyelamat serta pelindung dalam menjaga keadilan, kebebasan dan hak semua manusia tanpa menafikan prinsip demokrasi. Menurut Orentalis Barat Snouck Hurgronje, “Yang wajib ditakuti oleh pemerintah barat bukanlah Islam sebagai agama, tetapi islam sebagai doktrin politik”. Kesannya, Islam difitnah sebagai agama kolot, menindas, merendahkan hak wanita, melaksana undang-undang rimba dan monopoli harta. Buku ini mengupas secara jelas konsep dan aplikasi Islam menjaga dan memelihara keadilan kepada semua kelompok masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Ia merangkumi pentadbiran politik, transaksi ekonomi, kesaksamaan sistem kehakiman, hak keadilan wanita dan orang bukan Islam. Buku ini juga menjelaskan asas-asas adil dalam islam dan fasafah serta prinsip keadilan Islam secara mudah dan terperinci.

Info Penulis

Yang Berhormat Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh ulama, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan bekas Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999-2004. Beliau dilahirkan pada 20 Oktober 1947 di Kampung Marang, Terengganu.

Beliau mendapat pendidikan awal di Rusila, Marang sebelum menjejak ke Sekolah Agama Marang. Selepas tamat pengajian di sekolah rendah, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau juga mendapat pendidikan agama, Bahasa Arab dan politik daripada ayahnya sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhammad yang bertugas sebagai guru agama dan imam di Masjid Rusila. Selepas tamat pengajian di peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan memperolehi ijazah B.A Syariah seterusnya ijazah M.A di Universiti al-Azhar, Mesir.

Berbekalkan laptop peribadi, beliau aktif menulis buku, artikel, khutbah termasuk laman web dan blog. Antara karya beliau adalah Inilah Akidah Islam, Beriman kepada Allah, Beriman kepada Rasul, Beriman kepada Malaikat dan Kitab, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada dan Qadar, Islam dan Demokrasi, Ramadan: Tetamu yang Dirindui, Islam: Adil untuk Semua, Bagaimana Islam Memerintah Negara, dan banyak lagi.

Beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (SSMT) yang membawa gelaran Dato’ Seri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-39.

Buku lain oleh penulis ini

  • Islam dan Demokrasi
    RM 18.00 / RM 21.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-270-5
    ISBN-10: 983-192-270-0
    Tarikh Terbit: 29 May 2007
  • Ramadan: Tetamu Yang Dirindui
    RM 12.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: -983-192-331-3
    ISBN-10: 983-192-331-6
    Tarikh Terbit: 10 Aug 2007
  • Fahaman dan Ideologi Umat Islam
    RM 23.00 / RM 26.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-192-210-1
    ISBN-10: 983-192-210-7
    Tarikh Terbit: 30 Nov 2007
  • Islam : Adil untuk Semua
    RM 14.00 / RM 15.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-55-6
    Tarikh Terbit: 11 Jun 2009
  • Bagaimana Islam Memerintah Negara
    RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-56-3
    Tarikh Terbit: 26 Aug 2009
  • Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin
    RM 16.00 / RM 18.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-366-028-5
    Tarikh Terbit: 09 Jul 2010

Temubual bersama penulis