Buku

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam

oleh Mazidah Muhammad

RM 15.00 / RM 17.00Sabah/Sarawak
Beli Versi Cetak
Bookcafe Shopee Lazada

ISBN: 978-967-0142-27-2

Muka Surat: 200

Saiz:

Tarikh Terbit: 1 Apr 2011

Kategori:

Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad. Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi. Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi. Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Prakata   Pendahuluan   Pengertian Pendidikan Anak-Anak  Asas Pendidikan Anak-Anak   Tema Pembangunan Rohani  Panduan Mengenali Allah dan Mencintai Rasul  Panduan Mengajar Solat  Panduan Membaca Al-Quran   Tema Pembangunan Kognitif  Keajaiban Otak Anak  Deria dan Perkembangan Kognitif  Tema Pembangunan Jasadi  Asas Pembinaan Fizikal Menurut Perspektif Islam  Kaedah Pembinaan Fizikal Menurut Perspektif Islam  Tahap Perkembangan Fizikal Anak-Anak  Kemahiran Pergerakan Motor  Pantulan (Refleks)  Kemahiran Pergerakan Motor Kasar dan Halus  Pertumbuhan Fizikal Anak  Perkara-Perkara yang Mempengaruhi Perkembangan dan Pertumbuhan Fizikal  Tema Pembangunan Bahasa  Asas Pembinaan Bahasa Menurut Perspektif Islam  Asas Pembinaan Bahasa Menurut Perspektif Islam  Peringkat Perkembangan Bahasa Anak-Anak  Program Khusus Memperkenalkan Bahasa Kepada Bayi  Tema Pembangunan Emosi  Asas Pembinaan Emosi Anak Menurut al-Quran dan Sunah  Perkembangan Emosi Bayi  Keyakinan Kendiri  Tema Pembangunan Sosialisasi  Asas Pembinaan Sosialisasi Anak Menurut Al-Quran dan Sunah  Kemahiran Berinteraksi  Perkembangan Sosialisasi Anak-Anak  Tingkah Laku Prososial  Tingkah Laku Antisosial  Adab-Adab Sosial  Penutup dan Harapan  Bibliografi  Biodata Penulis 

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024