Harga: RM 16.00 / RM RM18.00
ISBN-13: 978-983-3603-45-9
ISBN-10: 983-3603-45-9
Tarikh Terbit: 12 Dec 2008
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Motivasi & Inspirasi, Islam, Gaya Hidup, Islam Umum, Keluarga, Keibubapaan, Keluarga Umum, Perhubungan, Perkahwinan, Wanita
Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Prakata
Pendahuluan
BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI
Luahan 1 "Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku"
Luahan 2 "Isteriku, Jagalah Rumahku"
Luahan 3 "Isteriku, Janganlah Leteri Aku"
Luahan 4 "Isteriku, Fahamilah Perasaanku"
Luahan 5 "Isteriku, Berbincanglah Denganku"
Luahan 6 "Isteriku, Hiasilah Dirimu"
Luahan 7 "Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku
Luahan 8 "Isteriku, Hargailah Pemberianku"
Luahan 9 "Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak"
BAB 2:LUAHAN DAN KELUHAN HATI SUAMI
Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku"
Luahan 11 "Isteriku, Jagalah Pakaianku"
Luahan 12 "Isteriku, Didiklah Anak-anakku"
Luahan 13 "Isteriku, Raikan Keluargaku"
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu"
Luahan 15 "Isteriku, Janganlah Membuang Masamu"
Luahan 16 "Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah"
Luahan 17 "Isteriku, Patuhlah Kepadaku"
Luahan 18 "Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 "Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”
BAB 3:LUAHAN DAN HARAPAN HATI SUAMI
Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 "Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku"
Luahan 22 "Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia"
Luahan 23 "Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku"
Luahan 24 "Isteriku, Janganlah Boros"
Luahan 25 "Isteriku, Hargailah Kejayaanku"
Luahan 26 "Isteriku, Galakkanlah Hobiku"
Luahan 27 "Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku"
Luahan 28 "Isteriku, Berjimat Cermatlah"
Luahan 29 "Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku"
Luahan 30 "Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!"
Bibliografi
Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. Daripada luahan pertama, 'iktiraflah kelelakianku' hingga ke luahan 30, 'janganlah terlalu mengawalku' menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.
Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalahisteri.
Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.
Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.
Dato’ Dr Hasan Hj Mohd Ali dilahirkan di Klang, Selangor Darul Ehsan pada 28 November 1947. Beliau mendapat ijazah pertama dari Universiti Malaya pada sesi 1970/71, Ijazah Sarjana dari University of Pittsburgh, USA pada tahun 1975 dan PhD dari University of Wisconsin, USA pada tahun 1985.
Dato’ Dr Hasan pernah berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik selama hampir 20 tahun. Beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat daerah, negeri dan persekutuan. Antara jawatan yang pernah disandang adalah:
1. Penolong Setiausaha di Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri (JPM)
2. Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor
3. Ketua Penolong Setiausaha (Perkhidmatan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
4. Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, JPM
5. Ketua Penolong Pengarah (Unit Perancangan) Kementerian Tanah
6. Ketua Pusat Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
7. Timbalan Ketua Pengarah Biro Tatanegara, JPM.
8. Timbalan Ketua Pengarah, Unit Penyelidikan Sosio-Ekonomi, JPM.
Beliau meletakkan jawatan dalam perkhidmatan kerajaan pada tahun 1985 dan sekarang ini mengetuai Sabha Group Sdn Bhd (SGSB) dan Akademi Keluarga Bahagia Malaysia (AKRAB).
Melalui anak syarikat Sabha Total Training Centre, Dato’ Dr Hasan bersama lain-lain tenaga profesionalnya terlibat mengendalikan program-program latih-luar korporat kepada hampir 200 badan-badan korporat yang bertapak di dalam dan di luar negara. Latihan yang diberi menekankan aspek pembinaan sikap positif bagi menjadi tenaga kerja yang lebih berdedikasi, berketrampilan dan bertaraf dunia.
Melalui anak syarikat Sabha Ambang HRD Sdn Bhd, Dato’ Dr Hasan mengendalikan program-program latihan kemahiran korporat. Antara program itu termasuk pengurusan strategik, kepimpinan korporat, kualiti dan produktiviti, pengurusan kepemimpinan dan sebagainya. Program-program ini biasanya dikendalikan secara in-house di tempat pilihan agensi berkenaan.
Melalui AKRAB, Dato’ Dr Hasan menganjurkan program-program pendidikan keluarga, pendidikan kecemerlangan pelajar-pelajar sekolah, pendidikan keremajaan dan sebagainya. Dato’ Dr Hasan adalah pelopor dan perintis kepada gerakan kesejahteraan keluarga di Malaysia. Program Summer Camp, Smart Learning dan Ibu bapa Cemerlang Anak Gemilang adalah di antara program perintis yang kini masih segar dan terus diminati oleh masyarakat Malaysia dan negara-negara jiran seperti Singapura, Brunei, Indonesia dan Selatan Thailand.
Dalam bidang penulisan, Dato’ Dr Hasan menulis lebih daripada 30 tajuk buku, ratusan bahan audio visual yang sebahagian besarnya menggariskan tatacara memantapkan institusi keluarga dan pemupukan budaya cemerlang di kalangan ahli keluarga. Ribuan peserta daripada segenap lapisan umur bertaburan di seluruh negara sudah dan sedang memberi sambutan hangat kepada program Dato’ Dr Hasan. Dato’ Dr Hasan membuka satu lembaran baru dalam bidang kesejahteraan keluarga di rantau ini.
Dato’ Dr Hasan diberi peluang buat sekian lamanya menyertai beberapa program terbitan TV kerajaan dan swasta. Penglibatan beliau kebanyakannya sebagai konsultan dan ahli panel rancangan-rancangan TV seperti Malaysia Hari Ini, RSB, Nona, Majalah 3 untuk TV3 serta Selamat Pagi Malaysia, Minda dan Forum Perdana Ehwal Islam untuk RTM.
Bersama-sama dengan tenaga profesional lain, Dato’ Dr Hasan berjaya melonjakkan program agama dan program-program talk-show menjadi program yang diminati oleh masyarakat Malaysia. Kepopularan Dato’ Dr Hasan merentasi sempadan negara di mana beliau juga sering menjadi tetamu undangan program pendidikan kemasyarakatan dan kekeluargaan serta motivasi kecemerlangan di TV Singapura dan Brunei Darussalam.
Buat masa ini, Dr Hasan terus cergas mengendalikan pelbagai program latihan korporat bagi badan-badan korporat dan program pendidikan keluarga bagi masyarakat yang lebih luas.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet