Bukan Yang Pertama

oleh Salina Ibrahim

Harga: RM 34 / RM 37
ISBN-13: 978-983-3603-63-3
ISBN-10: 983-3603-63-7
Tarikh Terbit: 26 Sep 2008
Jumlah Muka Surat : 800

Kategori: Novel Dewasa

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.

Info Penulis

SALINA IBRAHIM dilahirkan pada 21 Februari 1972, di Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Setar, Parit Buntar, Perak, kemudian ke sekolah berasrama penuh; Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh, Perak (dari tingkatan 1 sehingga 5) dan keSekolah Izzuddin Shah, Ipoh, Perak (tingkatan enam rendah dan enam atas).

 

Salina beroleh Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan pengkhususan Undang-undang dari Akademi Islam, Universiti Malaya pada tahun 1996. Selain itu beliau juga memiliki Sijil Penulisan Skrip, Akademi Filem Malaysia, Finas (2001) dan Sijil Terjemahan Am, Institut Terjemahan Negara Malaysia (2003)

Salina beralih bidang daripada undang-undang syariah ke bidang penulisan dengan menjadi editor buku dan kemudian bertukar ke dunia kewartawan. Beliau menimba pengalaman bertugas sebagai wartawan di beberapa penerbitan yang besar dan terkenal seperti Kumpulan Utusan Melayu Berhad dan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

 

Salina Ibrahim menulis sejak usia belasan tahun, bermula dengan genre puisi dan cerpen, sebelum diperluaskan kepada genre novel. Novel nukilannya termasuklah Mahligai (2001), Anjung Warisan (2002), Kombinasi Bunga Cinta (2003), Untukmu Hana... (2004), Atas Nama Kasih (2005), Syurga Di Hati (2006), Setenang Cahaya Hati (2010) dan Tiada Khatimah Cinta (2011). Karyanya bersama-sama PTS adalah Bukan Yang Pertama (2009), Aina & Aini: Diva Kampung (2011), Aina & Aini: Model Terhangat (2011) dan Tulis Cinta Dalam Hati (2011). Selain itu beliau juga memiliki kumpulan cerpen Memaknakan Cinta (2010) dan 17 buah antologi bersama, kebanyakannya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.


Salina Ibrahim pernah memenangi anugerah sastera seperti Hadiah Tunas Sastera Utusan-Public Bank 1990, Pertandingan Cerpen Formula Malaysia 2000, Pertandingan Menulis Skrip Finas 2001, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005, 2006 dan 2007 dan Sastera Perdana Malaysia 2004/2005. Beliau pernah mewakili Malaysia dalam bengkel novel Majlis Sastera Asia Tenggara (Mastera) di Bogor Indonesia pada tahun 2006.


Mulai tahun 2010, Salina Ibrahim menjadi penulis sepenuh masa dan aktif memberikan bimbingan penulisan terutamanya dalam genre cerpen dan novel di seluruh negara.

http://www.salinaibrahim.com/http://facebook.com/salinaibrahim.pengarang.

Buku lain oleh penulis ini

  • Bukan Yang Pertama
    RM 34 / RM 37 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3603-63-3
    ISBN-10: 983-3603-63-7
    Tarikh Terbit: 26 Sep 2008
  • Aina Aini: Diva Kampung
    RM 15.00 / RM 17.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-49-4
    Tarikh Terbit: 19 Oct 2010
  • Aina Aini : Model Terhangat
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-85-2
    Tarikh Terbit: 05 May 2011
  • Tulis Cinta dalam Hati
    RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5783-92-0
    Tarikh Terbit: 07 Jun 2011

Temubual bersama penulis