Berucap dengan Yakin

oleh Zetty Zahureen Mohd Yusoff, Md. Izuddin Ali

Harga: RM 20.00 / RM 23.00
ISBN-13: 978-983-3372-80-5
ISBN-10: 983-3372-80-5
Tarikh Terbit: 16 Aug 2005
Jumlah Muka Surat : 201

Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Bisnes & Pengurusan, Kepimpinan, Pengurusan

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata

Bahagian 1
Kepentingan dan Proses Pengucapan Awam
1. Pengenalan
2. Kepentingan Berucap
3. Proses Pengucapan Awam

Bahagian 2
Strategi Persiapan Berucap yang Tersusun
4. Pengenalan
5. Persiapan Sebelum Berucap
6. Melakar dan Merangka Ucapan

Bahagian 3
Strategi Latihan Berucap yang Dinamik
7. Pengenalan
8. Latihan Berucap

Bahagian 4
Petua Menangani Masalah Gemuruh
9. Pengenalan
10. 19 Petua
11. Petua Menjaga Suara

Bahagian 5
Strategi Berucap yang Dikagumi
12. Pengenalan
13. Ciri-ciri Pengucap yang Cemerlang
14. Strategi Semasa Berucap
15. Aktiviti-aktiviti Ringan

Bahagian 6
Strategi Menangani Masalah Semasa Berucap
16. Pengenalan
17. Panduan Menangani Masalah

Bahagian 7
Perkara yang Perlu Dielakkan oleh Pengucap Cemerlang
18. Pengenalan
19. Halangan Menjadi Pengucap Cemerlang
20. Soalan-soalan Mengenal Pasti Adakah Kita Pengucap Cemerlang

Bahagian 8
Jenis-jenis Ucapan
21. Pengenalan
22. Sembilan Jenis Ucapan
23. Panggilan Hormat

Bahagian 9
Kisah Benar... Pengucapan Awam
24. Pengenalan
25. 13 Kisah Benar

Penutup
Rujukan
Biodata Penulis

Sinopsis

Buku yang menerangkan bagaimana cara menyampaikan ucapan dengan baik. Ada pengucap yang mempunyai idea yang baik dikongsi bersama audiens tetapi cara penyampaiannya pada audiens pula kurang bersesuaian.

Info Penulis

Zetty Zahureen Mohd Yusoff adalah pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Terengganu. Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini adalah pemegang diploma dalam bidang Perbankan (Diploma in Banking) di Institut Teknologi MARA (ITM). Beliau juga turut menyambung pelajaran ke peringkat ijazah dan memperoleh Ijazah Kewangan (BBA (H) Finance) di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selepas itu beliau menyambung lagi pembelajarannya ke peringkat master di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Perdagangan Antarabangsa (International Trade).

Beliau aktif menyertai seminar, ceramah, kursus dan bengkel-bengkel motivasi sepanjang tahun 2003 sehingga 2005. Antara bengkel yang pernah disertainya adalah seperti Bengkel Approaches to research Design and Writing, Seminar Etika Pensyarah pada peringkat kampus dan Bengkel Motivasi Memperkasa Diri peringkat KUSZA sekitar tahun 2004. Terbaru beliau menyertai seminar Pendidikan Pencegahan Dadah PIBG Terengganu di peringkat negeri pada tahun 2005.

Prof. Madya Hj. Md Izuddin Hj. Ali adalah anak kelahiran Kuala Terengganu lebih 40 tahun yang lalu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Pasir Panjang (Sekolah Rendah Tengku Bariah) Kuala Terengganu. Beliau telah menyambung pelajaran menengah di Sekolah Menengah Tengku Bariah Kuala Terengganu. Selepas mendapat keputusan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya ke Sekolah Menengah Sains Terengganu (Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud) Kuala Terengganu. Selepas mengambil Sijil Pelajaran Malaysia, beliau menyambung pelajarannya di Humboldt State University, California. Di universiti tersebut beliau diamanahkan untuk menerajui Persatuan Pelajar Malaysia.  Sejurus selepas menamatkan pelajaran di peringkat ijazah, beliau menyambung pelajaran di peringkat sarjana di California State University, Fresno, California. Di universiti ini, beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia. Selepas menamatkan pelajaran di luar negara, beliau mengambil Diploma Ijazah Lanjutan Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Selepas tamat pengajian, beliau mula berkhidmat dengan Universiti Teknologi Mara semenjak tahun 1989 sehingga kini. Di UiTM beliau pernah di lantik sebagai Koordinator Pengajian Jarak Jauh, Penyelaras Program Bimbingan Belajar dan Ahli Jawatankuasa Kualiti. Beliau menerima anugerah khidmat cemerlang UiTM pada tahun 1994 dan 2001 dan dinaikkan pangkat kepada Profesor Madya pada Julai 2001. Pada tahun 2001, 2003 dan 2004 beliau menerima anugerah Pengajaran Contoh UiTM Terengganu.  Dalam pengucapan awam, beliau mula melibatkan diri secara aktif semenjak tahun 1993. Beliau biasa melibatkan diri dalam memberi ceramah dan kursus dalam bidang motivasi, pengucapan awam, pembangunan diri, kerja berpasukan, kepimpinan, komunikasi, kemahiran belajar dan keibubapaan. Beliau pernah menjadi tetamu jemputan untuk beberapa rancangan di radio, TV1, TV3 dan ASTRO. Di antara rancangan radio yang pernah disertai adalah Fikir-fikirkan, Fikrah, Pendidikan, Cabaran dan lain-lain lagi. Beberapa rancangan TV yang pernah disertai pula adalah Kuliah Subuh (TV3), Petua (TV3), Bincang Petang (TV3), Selamat Pagi Malaysia (TV1), Inspirasi Pagi (TV1), Malam Ini Linda (ASTRO) dan lain-lain lagi. Beliau juga merakamkan beberapa kaset dan cakera padat video berbentuk motivasi dan juga sudah menghasilkan beberapa buah buku.  Beliau berpengalaman memberikan ceramah motivasi dalam bidang-bidang seperti yang dinyatakan di atas di pelbagai peringkat sekolah sehingga ke peringkat korporat dan sektor awam di seluruh negara. Di antara organisasi yang pernah mendapat perkhidmatan beliau adalah Petronas, Tenaga Nasional Berhad, Telekom, Informis Sdn Bhd., Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kerja Raya, Jabatan Perkhidmatan Awam, Biro Tata Negara, Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan, Persatuan Sains dan Matematik Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya dan sebagainya.

Buku lain oleh penulis ini

  • Berucap dengan Yakin
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-80-5
    ISBN-10: 983-3372-80-5
    Tarikh Terbit: 16 Aug 2005
  • Berucap dengan Yakin
    RM 20.00 / RM 23.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-80-5
    ISBN-10: 983-3372-80-5
    Tarikh Terbit: 16 Aug 2005

Temubual bersama penulis