Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan

oleh Adam Khoo

Harga: RM 27.00 / RM RM30.00
ISBN-13: 978-983-3604-35-7
ISBN-10: 983-3604-35-7
Tarikh Terbit: 24 Dec 2009
Jumlah Muka Surat :

Kategori: Bantu Diri, Bantu Diri Umum, Bisnes & Pengurusan, Bisnes & Pengurusan Umum, Kewangan, Pengurusan

Penerbit: PTS Millennia Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

-

Sinopsis

Tentu anda ingin tahu:

  1. Bagaimana hendak menjadi jutawan?.
  2. Bagaimana orang kaya menguruskan wang mereka?
  3. Bagaimana meningkatkan pendapatan menjadi luar biasa?
  4. Bagaimana mengurus wang dan mengawal perbelanjaan?

Sekiranya kita sering bermimpi menjadi jutawan, berhentilah! Sudah tiba masanya kita belajar formula bagi menjadikan impian itu suatu kenyataan. Kita tidak memerlukan ijazah dalam bidang perniagaan dari Harvard untuk menjadi jutawan. Kita juga tidak perlu mempunyai nasib yang baik atau mewarisi harta yang banyak untuk menjadi jutawan. Melalui keinginan yang kuat, cara berfikir seperti jutawan dan strategi menjana pendapatan yang betul, sesiapa sahaja boleh menjadi jutawan.

Bagaimana Saya Boleh Jadi Jutawan adalah panduan praktikal, berguna dan komprehensif formula mencipta, menguruskan, menggandakan dan membelanjakan wang kita. Buku ini wajib dibaca oleh usahawan, pengurus, profesional, eksekutif dan sesiapa sahaja yang mempunyai impian menjadi jutawan dan mencapai kebebasan kewangan.

Info Penulis

Adam Khoo adalah seorang usahawan, penulis buku best seller dan penceramah. Dia menjadi jutawan pada usia 26 tahun. Pada waktu itu, dia memiliki empat buah syarikat dalam bidang pengiklanan, pengurusan acara, pendidikan dan latihan. Dia adalah CEO Adam Khoo Learning Technologies Group yang mengadakan program latihan dan seminar bagi syarikat multinasional dan individu di seluruh Asia.
Adam Khoo menulis tiga buah buku best seller iaitu, I am Gifted, So Are You!, How to Multiply your Child’s Intelligence dan Clueless in Starting a Business. Pada usia 29 tahun, Adam sudah melatih lebih daripada 50,000 profesional, pengurus, eksekutif, usahawan, guru dan pelajar dalam bidang pembelajaran pantas iaitu NLP dan strategi mencapai prestasi puncak. Dia membina program-program latihan yang popular iaitu Pola Kecemerlangan, Superkids dan I am Gifted, So Are You!
Kisah kejayaannya sering terpapar di media cetak dan elektronik.

Buku lain oleh penulis ini

  • Master Your Mind, Design Your Destiny (Versi Bahasa Melayu)
    RM 39.90 / RM 42.90 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3372-74-4
    ISBN-10: 983-3372-74-0
    Tarikh Terbit: 22 Feb 2008
  • Rahsia Pelabur Jutawan
    RM 35.50 / RM 38.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-75-3
    ISBN-10: 983-3604-75-7
    Tarikh Terbit: 25 Aug 2008
  • Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan
    RM 27.00 / RM RM30.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3604-35-7
    ISBN-10: 983-3604-35-7
    Tarikh Terbit: 24 Dec 2009

Temubual bersama penulis