Armagedon: 2012

Penilaian pembaca (Keputusan daripada 4 orang pembaca):

54321

Muhammad Alexander

Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 15 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama

PTS Islamika Sdn Bhd

Beli@Bookcafe

Buku lain oleh penulis ini

  • Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-46-4
    Tarikh Terbit: 06 Mar 2009
  • Alexander adalah Zulqarnain
    RM 35.00 / RM 38.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-81-5
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2010

Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012. Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012. Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi. Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal. Turut dimuatkan gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis. Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

BAB 1: Filem 2012

BAB 2: Kalendar dan Ramalan Kaum Maya

BAB 3: Tompok Matahari, Perubahan Kutub Magnetik Bumi & Konfigurasi Planet

BAB 4: Tarikh Kiamat: Kultus yang Meramal Tarikh Kiamat dan Kejadian Bunuh Diri Beramai-ramai

BAB 5: Rekrontruksi Kronologi 10 Tanda Besar Kiamat

BAB 6: Kemunculan Dajal dalam Tempoh 40 tahun: Dajal Membuat Kerosakan di Bumi

Bab 7: Hentaman Meteor Besar pada Bulan Ramadan: Asap Tebal Memenuhi Bumi

BAB 8: Tempoh 40 hari Dajjal: Asap itu membuat dahi Dajal tertulis “Kafir”

BAB 9: Nabi Isa Turun Ketika Asap Menyelimuti Bumi

BAB 10: Hentaman Meteor Merosakkan Teknologi: Yakjuj Makjuj Keluar Semula

BAB 11: Matahari Terbit dari Barat: Pintu Taubat Tertutup

BAB 12: Angin Lembut Mencabut Roh Orang Beriman

BAB 13: Kiamat Besar: Kehancuran Alam Semesta

BAB 14: Astronomi dalam al-Quran

BAB 15: Kronologi Kiamat Berdasarkan al-Quran

BAB 16: Kiamat Fasa 1: Sangkakala Pertama Ditiup: Gelombang Dahsyat

BAB 17: Kiamat Fasa 2: Langit Bergoncang dan Terbelah

BAB 18: Kiamat Fasa 3: Supernova Mega

BAB19: Kiamat Fasa 4: Bencana Dahsyat Di Bumi

BAB 20: Kiamat Fasa 5: Kematian Seluruh Manusia

BAB 21: Sangkakala Kedua Ditiup: Seluruh Manusia Berkumpul di Padang Mahsyar

BAB 22: Persamaan dan Perbezaan Antara Filem 2012 dengan kenyataan al-Quran dan Hadis

Kongsi ulasan anda tentang buku ini:

Sekiranya anda sudah membaca buku ini; kami mengalu-alukan ulasan anda bagi membantu pelawat laman web ini memilih dan membuat keputusan samada membeli ataupun tidak buku ini.

Antara ulasan yang anda boleh sentuh ialah:-

  1. Kulit buku
  2. Isi kandungan/jalan cerita
  3. Bahasa

« Jangan lupa untuk beri bintang!
  1. irsan ehc
    22 Aug 2010
    2:08 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    Salam,
    antara buku yang dinantikan selepas menonton cerita 2012.  bila agaknya boleh dibeli di negeri Terengganu, antara buku menarik tahun ini, insyaAllah.

  2. agen hazim
    15 Aug 2010
    7:19 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    buku memang menarikhrp beli semo ye…...............

  3. Imran
    22 Jul 2010
    12:54 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    “Wow”, hanya itu yang dapat saya katakan setelah membaca buku yang ilmiah ini. Isi kandungan ya memberi penerangan secara terperinci tentang apa yg tersirat di dalam filem 2012. Semoga semua yang membaca komen saya membeli buku ini. Berbaloi, saya jamin!

  4. akbar syuhadak
    25 Jun 2010
    10:22 PM

    54321

    Ulasan isi kandungan/jalan cerita

    assalamualaikum saudara,
    Judul armagedon: 2012 , sekiranya buku ini terbit, insayallah menarik untuk dibaca..jika dilihat dari daftar isi banyak dimuat temuan-temuan baru yang belum pernah diungkap dan dibahas. Sudah tak sabar nih ingin segera memilikinya.
    wassalam

Buku Pilihan

Lihat senarai penuh di laman web Baca@Ramadan