Alexander adalah Zulqarnain

oleh Muhammad Alexander

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-81-5
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 760

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Sejarah, Islam, Perbandingan Agama, Politik & Sejarah

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

BAB 1: Alexander The Great Di Dalam Tafsir Al-Quran

BAB 2: Alexander The Great di dalam Teks Yunani-Rom Kuno: Nama Alexander Dicemari

BAB 3: Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm) Menjelang Kedatangan Alexander The Great

BAB 4: Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj   

BAB 5: Oasis Monoteisme di Tengah-Tengah Gurun Tandus Paganisme Yunani 

BAB 6: Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander: Yunani Menentang Parsi

BAB 7: Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem 

BAB 8: Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)

BAB 9: Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur

BAB 10: Alexander Memasuki Lembah Fergana di Asia Tengah

BAB 11: Alexander Bertemu Bangsa Cina Nomad di Lembah Fergana

BAB 12 : Alexander  Membina Kota Alexandria Eschate dan Tembok Besi                 

BAB 13: Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani 633

BAB 14: Jawapan kepada Tuduhan

Sinopsis

"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009). 

Info Penulis

Wisnu Sasongko @ Muhammad Alexander lahir pada 13 April 1972 di Bandar Malang, Jawa Timur, Indonesia hasil perkahwinan pasangan suami isteri Dr. Monadi Rustamadji dan Tampi Sriasturi. Dunia menulis sudah bermula sejak berusia 16 tahun di Sekolah Menengah Atas (SMA) Negeri 3 Malang dalam bentuk puisi-puisi (1984). Kemudian, pada usia 22 tahun (1994), beliau dilantik menjadi Ketua Umum Majalah Kampus Solid di Universiti Brawijaya yang terletak di Bandar Malang. Kemampuannya dalam bidang penulisan diasah ketika mengikuti pengajian M.A di Institut Teknologi Sepuluh November (ITS), Surabaya. 

Beliau menyelesaikan pengajian peringkat B.A. dalam bidang Seni Bina daripada Universiti Brawijaya (UniBraw), Malang pada tahun 1996. Kemudian, beliau menyelesaikan pengajian peringkat M.A. dalam bidang Housing & Urban Planning daripada ITS Surabaya pada tahun 2001. Kini, beliau dalam proses dalam menyelesaikan PhD dalam bidang Urban Housing di ITS.

Kini, beliau menjadi pensyarah tetap di Universiti Brawijaya. Beliau juga banyak menghasilkan banyak kertas kerja dan buku-buku kajian seperti  Armageddon: Antara Petaka dan Rahmat, Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung dan Alexander adalah Zulqarnain. 

Buku lain oleh penulis ini

  • Yakjuj & Makjuj: Bencana Dari Sebalik Gunung
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-46-4
    Tarikh Terbit: 06 Mar 2009
  • Alexander adalah Zulqarnain
    RM 35.00 / RM 38.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-81-5
    Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
  • Armagedon: 2012
    RM 31.50 / RM 34.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-99-0
    Tarikh Terbit: 01 Sep 2010
  • Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (Edisi Jimat)
    RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5137-46-4
    Tarikh Terbit: 15 Oct 2010
  • Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana
    RM 35.00 / RM 38.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-366-071-1
    Tarikh Terbit: 27 Apr 2011

Temubual bersama penulis