Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-967-5136-03-0
e-ISBN: 978-967-410-054-4
Tarikh Terbit: 26 Mar 2009
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori: Remaja, Aksi, Fiksyen Sains
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd
.
Ini kisah seorang remaja bernama Hadi.
Hidup mulanya sangat biasa tanpa ada apa-apa yang sakti. Sehinggalah pada suatu hari, Hadi ditimpa kejadian aneh. Angin pusar yang entah datangnya daripada mana dan sakit kepala yang teramat sangat. Kesemua kejadian aneh itu akhirnya dirungkai oleh seorang profesor. Hadi punyai rahsia besar dan Hadi bukan manusia biasa.
Dia manusia sakti.
Manusia yang punyai asa mencipta dan mengesan gempa. Namun pada saat semuanya semakin terkuak, ada rahsia lebih besar yang menanti Hadi. Rahsia yang menyebabkan Hadi diburu oleh manusia-manusia sakti daripada seluruh dunia.
Apakah rahsia besar itu dan siapakah yang akan membantu Hadi daripada buruan manusia-manusia sakti itu?

Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Apakah kegemaran Tuan Bahruddin?
Saya sangat sukakan motosikal dan modifikasi berkaitan dengan motosikal.
Idola Tuan Bahruddin dalam bidang penulisan?
Faizal Tehrani dan Shahnon Ahmad. Penulis luar negara pula Andra Hirata.
Falsafah penulisan?
Jujur untuk berbeza
Siapa Bahruddin Bekri sebenarnya?
Saya seorang yang pendiam tetapi suka memerhati. Melihat sekeliling.
Bagaimana mendapat ilham dalam penulisan
Saya melihat gelagat manusia dan memerhatikan alam. Suka bertanya bagi mendapatkan maklumat.
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet