Harga: RM 18.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-983-3585-48-9
ISBN-10: 983-3585-48-5
Tarikh Terbit: 28 Feb 2007
Jumlah Muka Surat : 176
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Keusahawanan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Bab 1 Bisnes Keluarga
Membina Kerjaya dalam Bisnes Keluarga
Beza Bisnes Keluarga dengan Bisnes Lain
Kitaran Hidup Bisnes Keluarga
Perbezaan Mentaliti antara
Pengasas Bisnes dan Pengganti
Bab 2 Jangka Hayat
Suasana dalam Bisnes Keluarga
Jangka Hayat Bisnes Keluarga
Mengapa Bisnes Keluarga
Tidak Bertahan Lama?
Bab 3 Dilema dalam Bisnes Keluarga
Dilema dalam Bisnes Keluarga
Bab 4 Isu Pengurusan
22 Isu Klasik dalam Bisnes Keluarga
Bab 5 Menangani Isu Pengurusan
Cara Tangani Isu dalam Bisnes Keluarga
Bab 6 Pengganti
Menyediakan Calon Pengganti ataupun MD
Siapakah Calon Pengganti En. Johan?
Persediaan bagi Calon Pengganti
Masa yang Sesuai Menyerahkan Kuasa
Pesanan kepada Calon Pengganti
Bab 7 Pengurusan Syarikat
Syarikat Sendirian Berhad
dan Lembaga Pengarah Syarikat
Lembaga Pengarah Syarikat
Tugas dan Tanggungjawab
Lembaga Pengarah
Masalah Lembaga Pengarah
Cara Meningkatkan Peranan
Lembaga Pengarah
Bab 8 Penyertaan Ahli Kuluarga
Perkara-perkara yang Perlu Dibincangkan
Pesanan untuk Mereka yang Terlibat
dalam Bisnes Keluarga
Bab 9 Kongsi Pengalaman
Kisah 1: Ayahku Bos Besar
Kisah 2: Apabila Ekonomi Merudum
Penutup
Lampiran 1
Contoh Senarai Tugas
di Syarikat Alifbata (1)
Contoh Senarai Tugas
di Syarikat Alifbata (2)
Contoh Carta Organisasi Syarikat Alifbata
Lampiran 2
Bisnes Keluarga di Seluruh Dunia
Lampiran 3
Bisnes Keluarga di Malaysia
Rujukan
Indeks
Bekerja dengan keluarga tidak semudah disangka orang. Tersilap langkah kita mungkin akan dibelenggu 1001 macam masalah. Bisnes keluarga yang berjaya dan bertahan lama adalah banyak, namun bilangan yang kecundang dan berpecah-belah tidak sedikit. Walaupun nampak remeh, namun ia tidak boleh dibiarkan berterusan.
Saya menghabiskan lebih 15 tahun daripada kehidupan saya mengurus bisnes keluarga. Penglibatan yang lama itu menjadikan saya 'masak' dengan isu-isu yang wujud dalam bisnes keluarga. Melalui pengalaman sendiri dan juga mengutip pengalaman orang lain yang terlibat dalam bisnes keluarga, saya melihat beberapa masalah berlaku berulang-ulang.
Ini mendorong saya menulis buku ini bagi berkongsi serba sedikit pengetahuan yang ada.
Buku ini membongkar senario dan masalah yang sering dihadapi oleh bisnes keluarga dan cara mengatasinya. Penulis turut berkongsi dilema yang dihadapi sepanjang beliau menguruskan bisnes keluarga. Diterangkan dalam bentuk yang menarik, telus dan jelas berserta contoh-contoh masalah dan cara mengatasinya. Turut dipaparkan contoh-contoh bisnes keluarga yang berjaya di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Puan Norlela Zubir berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kewangan) dari Southern Illinois University, USA dan Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara.
Beliau sudah menghasilkan dua buah buku bertajuk Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya dan 50 Kisah Usahawan Wanita Malaysia terbitan PTS Professional & Publishing Sdn. Bhd.
Pada tahun 1989, Puan Norlela mengambil alih bisnes ayahnya, Industri Kawat Zubir H Yusoff Sdn. Bhd. dan menerajui syarikat perkilangan itu selama 12 tahun. Industri Kawat Zubir adalah pengeluar berbagai jenis alatan memagar seperti pagar rangkai Chainlink, kawat duri Iowa, kawat duri High Tensile dan asesori pagar lain.
Pengalaman Puan Norlela dalam pengurusan bisnes keluarga termasuk membangun sistem kualiti ISO9002, meneroka pasaran eksport dan melalui era kemelesetan ekonomi pada akhir tahun 1990-an.
Mulai tahun 2001 sehingga kini Puan Norlela mengurus syarikat milik beliau sendiri, Yuzuki Melaka Sdn. Bhd. bersama suaminya. Syarikat mereka mengendali dua aktiviti bisnes utama:
1. Khidmat latihan dan konsultansi bagi bisnes kecil dan sederhana.
2. Kerja-kerja kejuruteraan awam khususnya pakej memasang pagar untuk
lapangan terbang, kem tentera, ladang ternakan dan pertanian.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet