Hakikat Cinta

oleh M. Hilmi As’ad

Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 9789675783098
ISBN-10: 9675783098
Tarikh Terbit: 7 Jul 2010
Jumlah Muka Surat :

Kategori: Novel Dewasa, Novel Islami

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Menyelami makna hakikat kehidupan sungguh sukar digapai manusia. Jalan terjal berliku, penuh jurang dan padat syaitan! Apalagi bertaut dengan kemolekan dan pesona hati beraroma cinta. Tetapi, sesiapa pun yang berjaya merengkuhnya, ertinya dia sudah berjaya mencapai hakikat kehidupan yang sesungguhnya. Marham, tokoh utama dalam novel ini, adalah pelakunya. Bagaimana dia mampu melakukannya?

Sinopsis

"Dua kali sudah aku gagal merenda cinta. Begitu menyakitkan. Mungkin, aku perlu belajar bersikap lebih dewasa kepada orang yang aku cintai supaya cintaku lebih abadi. Atau, mungkin juga aku sudah memilih orang yang salah untuk dicintai. Mungkinkah ini cara Tuhan supaya aku terhindar daripada mencintai makhlukNya secara berlebihan? Tuhan menjagaku supaya tidak terjerumus berbuat maksiat kepadaNya? Entahlah, mengapa tidak mudah untukku merasakan nikmat cinta yang Tuhan ciptakan," bisik hati Marham.

 

Novel ini menggabungkan unsur roh Islam, tasawuf, psikologi dan ekspresi hidup anak muda dalam menyelami hakikat kehidupan yang sukar digapai.

Info Penulis

M. HILMI AS’AD, nama lengkapnya M. Dzul Hilmi As’ad, lahir pada 13 Mac 1971 di Jombang, Jawa Timur. Masa kecilnya dihabiskan bersama-sama keluarga pesantren di Jombang. Namun, setelah lulus SMPN 2 Jombang, dia melanjutkan pelajaran di Pondok Pesantren al-Falah, Ploso, Kediri. Selepas beberapa tahun di pesantren salafiyah itu, dia melanjutkan pengajian dalam Jurusan BSA (Bahasa dan Sastera Arab) Fakulti Adab IAIN (sekarang UIN) Sunan Kalijaga, Jogjakarta.Buat masa ini dia mengajar di pesantren, yakni Pondok Pesantren Darul Ulum Jombang. Dia sering menulis cerpen, namun hanya terbitan majalah sekolah atau pesantren sahaja. Sedangkan untuk umum, karyanya hanya beberapa kali sahaja dimuat di akhbar tempatan Jogjakarta semasa dia masih menuntut.

Buku lain oleh penulis ini

  • Tasawuf Cinta
    RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-983-3892-93-8
    Tarikh Terbit: 03 May 2010
  • Hakikat Cinta
    RM 17.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 9789675783098
    ISBN-10: 9675783098
    Tarikh Terbit: 07 Jul 2010

Temubual bersama penulis