Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-369-027-5
Tarikh Terbit: 10 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 160
Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
HASIL YANG DIRAMALKAN DALAM KEADAAN YANG TIDAK DAPAT DIRAMALKAN
Empat Bahaya dalam Keadaan yang Sukar Diramalkan
Melaksanakan Prioriti dengan Cemerlang
Adakah Setiap Orang Tahu Apa yang Harus Dilakukan?
Adakah Kita ‘Menggerakkan yang di Tengah-Tengah’?
BERGERAK selari DENGAN KELAJUAN KEPERCAYAAN
Krisis Kepercayaan
Kepercayaan: Cukai dan Dividen
Kepercayaan: Adakah Kita Membayar Cukai ataupun Menikmati Dividen?
Kisah Dua Pasukan
Membina Semula Kepercayaan
Tiga Tingkah Laku yang Membina Kepercayaan
Kajian Kes: Membina Semula Kepercayaan dalam Situasi Krisis
Akhlak yang Boleh Dipercayai
Kempen Membina Kepercayaan yang Terancang
MENCAPAI LEBIH DENGAN SEDIKIT
Membina Kesetiaan Pelanggan dan Pekerja
Menekan Butang ‘Reset’: Mensejajarkan Organisasi Mengikut Nilai Pelanggan
MENGURANGKAN KEBIMBANGAN
Apakah Kesan Resesi Psikologi ke Atas Kamu?
Adakah Organisasi Kita Dihantui oleh Rasa Bimbang?
Adakah Pekerja Lumpuh oleh Ketidaktentuan?
KESIMPULAN
Bagaimanakah anda dan organisasi dapat kekal sukses setiap saat? Hal ini kerana belum ada sesiapa yang pernah berhadapan dengan keadaan seperti sekarang:
- Syarikat-Syarikat gergasi dunia tersungkur. Berjuta-juta pekerjaan lenyap.
- Ekonomi baru yang luas tiba-tiba muncul dengan sekelip mata.
- Perniagaan pada hari ini ibarat mengharungi air sungai yang dipenuhi lereng-lereng curam.
Jawapannya terdapat dalam buku ini iaitu:
1. Melaksana dengan cemerlang
2. Menjaga tahap kepercayaan yang tinggi dengan semua Stakeholder
3. Mencapai lebih dengan sedikit
4. Mengolah rasa bimbang menjadi penglibatan

Stephen R. Covey adalah seorang pakar kepimpinan, keluarga, guru, perunding organisasi dan syarikat, serta penulis yang dikenali seluruh dunia. Beliau sudah mendedikasikan seluruh hidupnya kepada pengajaran cara hidup dan kepimpinan yang
berteraskan prinsip kepada institusi keluarga dan organisasi. Beliau lulusan MBA dari Universiti Harvard dan memiliki ijazah kedoktoran dari Universiti Brigham Young, di mana beliau bertugas sebagai profesor pengajian pengurusan perniagaan
dan organisasi. Dr. Covey pernah menulis beberapa buku, termasuk bestseller antarabangsa, 7 habits of Highly Effective People, yang dinamakan Buku Bisnes #1 Paling Berpengaruh Dalam Abad Ke-20 dan diakui adalah antara 10 buku pengurusan
yang berpengaruh pernah ditulis dalam sejarah. Buku tersebut sudah diterjemah ke dalam 38 bahasa dan terjual lebih 18 juta naskhah di seluruh dunia. Lain-lain bestseller hasil tulisan beliau termasuk The 8th Habit: From Effectiveness to Greatness,
First Things First, Principle-Centered Leadership, 7 habits of Highly Effective Families, Living 7 habits, dan Everyday Greatness, dengan lebih 20 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Sebagai bapa kepada sembilan orang anak, dan datuk kepada 50 orang cucu, beliau turut menerima anugerah Bapa Terbaik Tahun 2003 daripada kesatuan National Fatherhood Initiative. Dan mengikut kata beliau, anugerah itu adalah yang bermakna pernah beliau menangi. Lain-lain anugerah dan penghargaan yang dimenanginya termasuk Anugerah Thomas More College bagi sumbangannya kepada umat manusia, Penceramah Terbaik Tahun 1999 dari National Speakers Association, Anugerah Toastmasters Golden Gavel pada tahun 2004, Anugerah Keamanan Antarabangsa Sikh Tahun 1998,
Anugerah Usahawan Terbaik Antarabangsa Tahun 1994, dan Anugerah Pencapaian Hidup Usahawan Kebangsaan bagi bidang kepimpinan. Dr. Covey juga pernah dinamakan majalah Time sebagai salah seorang daripada 25 Orang Amerika Yang Berpengaruh serta pernah menerima lapan ijazah kedoktoran kehormat. Dr. Covey kini bertugas sebagai penolong pengerusi dan adalah antara pengasas syarikat FranklinCovey, sebuah syarikat latihan dan perunding antarabangsa yang khusus dalam bidang pelaksanaan strategi, kesetiaan pelanggan, kepimpinan, dan keberkesanan individu. Visi dan matlamat utama FranklinCovey adalah bagi mengupas kehebatan yang terpendam dalam diri individu, organisasi, serta masyarakat di mana-mana sahaja.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet