Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-983-3892-93-8
Tarikh Terbit: 3 May 2010
Jumlah Muka Surat : 320
Kategori: Novel Dewasa, Novel Islami
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
Hidup Rona mulai berubah sejak dia berkenalan dengan Marham dan rakan-rakannya yang datang ke kampung Rona bagi tujuan menjalankan kerja-kerja amali dengan masyarakat setempat. Hati perempuan Rona yang halus tersentuh dengan ilmu agama yang dimiliki Marham. Rona mula mempersoal hubungannya dengan Aryo yang selama ini tidak dijaga batas-batas muhrim.
Pada saat Rona membuat keputusan memutuskan hubungan cintanya dengan Aryo, dia tetap tidak mampu menyuarakan dia sudah membuka hatinya kepada Marham. Kata ibu Rona, "Kamu perempuan, tidak elok rasanya jika kamu bertanya tentang hal itu. Biarlah dia yang memulakannya...."
Adakah akhirnya Rona berjaya meluahkan perasaannya kepada Marham, seorang takmir masjid, yang selama ini menjaga hatinya daripada jatuh cinta? Adakah Marham juga menyimpan perasaan yang sama kepada Rona?

M. HILMI AS’AD, nama lengkapnya M. Dzul Hilmi As’ad, lahir pada 13 Mac 1971 di Jombang, Jawa Timur. Masa kecilnya dihabiskan bersama-sama keluarga pesantren di Jombang. Namun, setelah lulus SMPN 2 Jombang, dia melanjutkan pelajaran di Pondok Pesantren al-Falah, Ploso, Kediri. Selepas beberapa tahun di pesantren salafiyah itu, dia melanjutkan pengajian dalam Jurusan BSA (Bahasa dan Sastera Arab) Fakulti Adab IAIN (sekarang UIN) Sunan Kalijaga, Jogjakarta.Buat masa ini dia mengajar di pesantren, yakni Pondok Pesantren Darul Ulum Jombang. Dia sering menulis cerpen, namun hanya terbitan majalah sekolah atau pesantren sahaja. Sedangkan untuk umum, karyanya hanya beberapa kali sahaja dimuat di akhbar tempatan Jogjakarta semasa dia masih menuntut.
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet