Harga: RM 17.00 / RM 19
ISBN-13: 978-983-3892-73-0
ISBN-10: 978-983-3892-73-0
Tarikh Terbit: 12 Mar 2010
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Remaja, Remaja Umum
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%
-
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?
Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!
Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.
Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.
Lily Haslina Nasir, kelahiran Melaka pada 19 November 1971. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Perempuan Durian Daun, Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist 2 Tengkera sebelum ke Sekolah Menengah Munsyi Abdullah, Batu Berendam Melaka. Beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media.
Menulis seawal usia 13 tahun di Berita Minggu, Dewan Siswa, Dewan Budaya dan novel pertama diterbitkan ketika berada di tingkatan lima. Pada 1985, beliau terpilih menyertai Minggu Penulis Remaja angkatan kedua dan menjadi peserta termuda. Ketika itu Lily Haslina sudah sering menerima pelbagai anugerah penulisan sama ada dalam dunia kreatif juga rencana. Novel-novel beliau diterbitkan bukan sekadar di PTS tetapi di DBP, Berita Publishing, CESB, Alaf21 dan juga Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Genre penulisannya buka sekadar novel dewasa sahaja, tetapi termasuk juga novel kanak-kanak dan juga remaja. Skrip dokumentari juga adalah antara bidang yang diceburinya.
Sepanjang kerjaya sebagai wartawan, Lily Haslina pernah menerima lebih daripada lima anugerah kewartawanan peringkat nasional sebagai penulis rencana terbaik. Lily Haslina boleh didekati di www.lilyhaslinanasir.blogspot.com atau roslily@gmail.com.
Buku lain oleh penulis ini
Temubual bersama penulis
Kongsi info buku ini di laman sosial:
Tweet