Cerita Betul Facebook

oleh Tony H.

Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-5226-79-3
Tarikh Terbit: 14 Dec 2009
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Bantu Diri, Motivasi & Inspirasi, Bisnes & Pengurusan, Bisnes & Pengurusan Umum, Kepimpinan, Keusahawanan, Pemasaran, Bukan Fiksyen, Biografi, Komputer & Internet, Aplikasi, Internet, Komputer & Internet Umum

Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Kongsi info buku ini di laman sosial:

Beli Online @ BookcafeDiskaun 15%

Kini anda boleh berkongsi ulasan berkaitan buku ini di laman sosial!

Isi Kandungan

Prakata vii

Pengantar Penterjemah ix

Pendahuluan xi

Bab 1: Laman Web Kontroversi 1

Bab 2: Bermula dari Harvard 5

Bab 3: Lahirnya Idea 11

Bab 4: Perang Bermula 15

Bab 5: Penafian 19

Bab 6: Membangunnya Empayar 23

Bab 7: CEO yang Menjengkelkan 27

Bab 8: Karma 31

Bab 9: Laman Web Hebahan 35

Bab 10: Aplikasi Pihak Ketiga Facebook 51

Bab 11: Data dan Fakta Facebook 57

Bab 12: Bagaimana Menggunakan Facebook 61

Bab 13: Tip dan Trik Facebook 77

Bab Bonus: Evolusi Facebook 101

Sumber 121

Tentang Penulis 123

Sinopsis

Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari. Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat.

Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan Facebook adalah seorang daripada mahasiswa Harvard University yang bermasalah. Hebat lagi, seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun!

Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran. Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang sukses mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu.

Unggul dari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan orang betah berlama-lama di hadapan komputer. Bagi kamu yang baru berjinak dengan Facebook, ini adalah kisah selengkapnya...

Info Penulis

Tony Hendroyono dilahirkan di Bojonegoro pada 2 September 1977. Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Bina di Universitas Sebelas Maret, Surakarta.

Beliau pernah menjadi editor bagi beberapa buah majalah reka bentuk di Jakarta. Kini, beliau bekerja sebagai wartawan sepenuh masa di Harian Merdeka. Pada waktu luangnya, Tony sempat menulis buku tentang teknologi maklumat (IT) yang diminatinya sejak 2000. Beberapa buah buku yang sudah diterbitkan, antaranya ialah Segala yang Gratis dari internet, Internet for Kids, Trik Searching Efektif di Internet, Dunia Islam di Internet, Gaul di Dunia Maya dan Membuat Blog dalam 20 Menit.

Di samping menulis buku IT, mantan pemimpin redaksi majalah Indonesia, Architecture ini juga sering membuat profil syarikat bagi beberapa syarikat nasional di Jakarta.

Buku lain oleh penulis ini

  • Cerita Betul Facebook
    RM 15.50 / RM 17.50 (Sabah & Sarawak)
    ISBN-13: 978-967-5226-79-3
    Tarikh Terbit: 14 Dec 2009

Temubual bersama penulis